Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rumah Dinaiki Air, Bomba Berjaya Bantu Pindahkan Wanita Lumpuh

Syed Faisal Sayed Muhammad
rumah dinaiki air
Kredit JBPM Kuala Terengganu

Rumah Dinaiki Air, Bomba Berjaya Bantu Pindahkan Wanita Lumpuh

Seorang wanita lumpuh berjaya dipindahkan oleh pasukan bomba selepas mengambil masa kira-kira setengah jam untuk proses pemindahan tersebut berikutan kediamannya di Kampung Rusa Hilir telah dinaiki air pada Isnin, lapor Sinar Harian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Roziah Abni Hajar berkata, enam anggota bomba telah dikerahkan dalam operasi pemindahan berkenaan yang turut dibantu oleh keluarga wanita berkenaan.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

“Kita menerima panggilan dari ahli keluarga yang meminta bantuan mengeluarkan pesakit ke kawasan selamat dan proses pemindahan selesai kira-kira jam 2 petang,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian.

Menurut Roziah lagi, pesakit telah berjaya dibawa keluar sejauh kira-kira 500 meter menggunakan bot dan dipindahkan ke rumah saudaranya. Kawasan tersebut dikatakan telah ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.

“Operasi memindahkan penduduk terjejas banjir di sekitar kawasan itu ke tempat selamat dimulakan sejak jam 10 pagi semalam selepas air mula melimpah ke rumah,” katanya lagi.

Setakat jam 8 pagi ini, seramai 1,900 penduduk di Kuala Terengganu telah dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah kediaman mereka telah dinaiki air.

Sumber: Sinar Harian, Bernama