Siakap Keli
Kredit BERNAMA

Mayat Mangsa Ke-25 Ditemui Bersama Beg & Komputer Riba Pada Kedalaman 17 Meter – Polis

Mayat Mangsa Ke-25 Ditemui Bersama Beg & Komputer Riba Pada Kedalaman 17 Meter – Polis

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Batang Kali pada hari ini telah memasuki hari yang keenam.

Operasi yang berjalan pada malam tadi telah berjaya menemui seorang lagi mangsa dan menjadikan kesemua mangsa yang ditemui setakat ini seramai 25 orang.

Mayat tersebut adalah merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun. Mayat mangsa juga ditemui dalam pakaian berwarna merah jambu.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Suffian Abdullah berkata, Mangsa yang ke 25 itu ditemui bersama tiga buah beg pakaian dan laptop namun tiada pengenalan diri yang dijumpai.

Jelasnya, mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan proses pengecaman.

Dalam pada itu, Suffian menjelaskan bahawa operasi SAR pada hari ini akan terus dijalankan dan diperkuatkan dengan penambahan anggotanya.

PDRM pada hari ini telah menambah lagi dua ekor anjing pengesan dari Unit K9 bagi mencari lagi lapan orang mangsa yang masih tidak dijumpai.

Operasi SAR hari ini telah dibantu dengan kekuatan 106 anggota, 11 jentera dan empat ekor anjing pengesan.

Sementara itu, pihak bomba mengesahkan bahawa mangsa ke-25 itu ditemui berada pada kedalaman 17 meter dalam runtuhan tersebut.

“Pihak bomba menjumpai mangsa ke-25 malam tadi di kawasan yang sudah dijalankan operasi namun difahamkan mangsa berada di kedalaman 17 meter,” kata wakil jurucakap Bomba.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka