Siakap Keli
Henna Hitam Dilukis Di Lengan
Gambar: Mirror UK & Pixabay

Remaja Terpaksa Tanggung Derita, Henna Hitam Dilukis Di Lengan Bertukar Jadi Parut Kekal

Remaja Terpaksa Tanggung Derita, Henna Hitam Dilukis Di Lengan Bertukar Jadi Parut Kekal

Seorang lelaki berusia 13 tahun terpaksa menanggung derita selepas inai yang dilukis pada bahunya sewaktu bercuti bersama keluarganya di Bali, Indonesia kini bertukar menjadi parut kekal.

Pada awal bulan lalu, bapanya, Ben Gebbett dari Australia membawa dua orang anak lelakinya, Jaxon dan Levi ke Indonesia untuk bercuti, lapor Mirror UK.

Ben pada waktu itu membenarkan anaknya yang berusia 13 tahun itu mendapatkan tatu inai atau dipanggil sebagai henna hitam, namun selepas mereka pulang ke rumah, tatu inai tersebut melepuh dan bertukar menjadi parut kekal.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Memetik Daily Star, Ben memaklumkan kepada ibu bapa lain supaya berwaspada dengan tatu inai hitam di Facebook Australian Bali Info for Traveling.

Menerusi hantarannya di Facebook, Ben turut berkongsi gambar tatu inai pada bahu anaknya yang bertukar menjadi parut.

Gambar: Mirror UK

“Hi semua, hanya ingin memberitahu mengenai mendapatkan tatu inai hitam ketika berada di Bali. Anak lelaki saya berumur 13 tahun mendapatkan tatu inai pada dua minggu lepas, gambar yang dilampirkan adalah hasil dua minggu kemudian,” kata Ben dalam kenyataannya di Facebook.

Selain itu, Ben turut berkata bahawa kulit anaknya kini menjadi parut seumur hidup.

Menurutnya, dia tidak sedar tentang bahaya tatu inai pada masa itu kerana sebelum ini, anak-anaknya pernah berinai pada acara kebudayaan di Australia.

“Saya tidak tahu inai mereka berbeza, ia sepatutnya akan hilang dalam masa seminggu. Sekarang, barulah saya tahu inai hitam berbeza dan menyebabkan kulit melepuh serta meninggalkan parut seumur hidup,” kata Ben lagi.

Bagaimanapun, orang ramai berkata bahawa mereka mempunyai pengalaman yang sama di Bali dan parutnya kini menjadi semakin pudar.

“Anak perempuan saya mendapat dua tatu inai di Bali beberapa bulan yang lalu, tetapi kini ia sudah hilang sepenuhnya,” komen seorang pengguna.

“Perkara yang sama berlaku kepada suami saya di Bali 25 tahun lalu,” kata seorang pengguna lagi.

Memetik Mirror UK, inai merupakan tumbuhan berbunga yang telah digunakan sejak zaman dahulu, namun apabila para-phenylenediamine (PPD) ditambah, ia akan menjadi inai hitam.

Menurut DermNet, hal ini berlaku adalah disebabkan alahan kepada PPD.

Sumber: Mirror UK

Noorliyana Ishak