Siakap Keli
Saintis cipta robot peluk
Kredit Institute for Intelligent Systems/Project HuggieBot

Sesuai Untuk Orang “Single”, Saintis Berjaya Cipta Robot Berupaya Beri Pelukan Sempurna

Sesuai Untuk Orang “Single”, Saintis Berjaya Cipta Robot Berupaya Beri Pelukan Sempurna

Pasukan Saintis di Institut Max Planck bagi Sistem Pintar telah berjaya mencipta sebuah robot yang mampu memberikan pelukan seperti manusia sebenar, lapor Oddity Central.

Robot yang dinamakan sebagai HuggieBot 3.0 ialah robot ketiga ciptaan yang direka oleh pasukan saintis dari Institut Max Planck tersebut.

Alexis E. Block bersama rakan sekerjanya telah terlibat dalam projek HuggieBot selama bertahun-tahun dalam cubaan untuk mencipta sebuah robot yang mampu memberikan pelukan seperti manusia sebenar.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Pembinaan robot itu dibuat bagi menggantikan manusia dalam pelbagai senario seperti memberikan keselesaan kepada mereka yang kesepian, atau menggantikan seseorang yang tidak boleh memberikan pelukan secara peribadi atas sebab tertentu.

Pencipta HuggieBot 3.0 mendakwa bahawa ia adalah “robot pelukan bersaiz manusia autonomi sepenuhnya yang mengenali dan bertindak balas kepada gerak isyarat intra-pelukan pengguna”.

Robot itu juga mempunyai sistem penderiaan tersuai yang dipanggil ‘HuggieChest’ bertujuan menggabungkan dua ruang polivinil klorida yang meniru ciri dada manusia yang lembut.

Kredit Institute for Intelligent Systems/Project HuggieBot

Robot canggih itu juga boleh memberikan pelukan yang sempurna menggunakan sepasang lengan Kinova JACO yang dipasang pada bingkai logam tersuai terpilih untuk menjadikan ianya antropomorfik, tenang dan selamat.

Sewaktu pelukan berlaku, sensor tekanan barometrik dan mikrofon pada dada tiruan akan mengesan sentuhan manusia dan mula menghantar data melalui papan mikropengawal Arduino Mega.

Data yang dihantar melalui papan mikropengawal Arduino Mega seterusnya akan pergi ke komputer berasaskan Sistem Pengendalian Robot (ROS) yang terletak dalam cetakan 3D di kepala HuggieBot 3.0.

Pasukan itu telah mendapat maklum balas daripada 512 orang sepanjang 32 percubaan untuk melatih sistem pembelajaran mesin yang mampu mengesan dan mengklasifikasikan pelbagai gerak isyarat.

HuggieBot 3.0 boleh kekal diam, bergerak sedikit menegak, menepuk dan memicit belakang seseorang dengan pelbagai tahap tekanan.

Alexis E. Block dikatakan mula membina HuggieBot pada tahun 2016 semasa belajar untuk ijazah Sarjana dalam bidang robotik. Ciptaan pertama dibina atas enam “perintah memeluk” sahaja.

Sumber: Oddity Central

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka