Siakap Keli
messi
Kredit: Sportbible

Bank Pusat Argentina Pertimbang Letak Wajah Messi Pada Wang Kertas

Bank Pusat Argentina mempertimbangkan untuk meletakkan wajah Lionel Messi pada wang kertas not 1000 peso berikutan Argentina menjuarai Piala Dunia selepas menentang Perancis baru-baru ini.

Hal ini kerana bintang bola sepak berusia 35 tahun itu telah mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama yang merangkul anugerah ‘Golden Ball’ sebanyak dua kali dalam edisi Piala Dunia.

Ditambah lagi dengan pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali, malah dia dikatakan berada pada prestasi terbaik sepanjang kejohanan tersebut yang berlangsung pada musim Piala Dunia ini.

Disebabkan jasanya kepada Argentina yang mempunyai pengaruh besar, Bank Pusat negara itu mempertimbangkan untuk memberi penghormatan kepada Messi dengan cara luar biasa.

Ekoran itu penerbitan Mexico mencadangkan badan kewangan Argentina untuk mempertimbangkan ‘cara’ meraikan kemenangan Piala Dunia dengan meletakkan wajah Messi pada  not 1000 peso dan ia dikatakan sebagai cadangan.

messi
Kredit: Sportbible

Tambah lagi, pemilihan not wang kertas yang bermula dari angka 10 adalah bersempena dengan nombor pemain di jersi yang digunakan oleh bintang itu sendiri.

Malah, ada desas-desus yang mengatakan bahawa cadangan nama “La Scaloneta” iaitu nama panggilan jurulatih Argentina, Lionel Scaloni akan ditulis pada bahagian belakang wang tersebut.

Namun, menurut akhbar El Financiero, idea itu dikatakan sebagai ‘gurauan’ yang dicadangkan oleh anggota Pusat Bank Argentina.

Bagaimanapun pengarah Bank Pusat, Eduardo Hecker dan Lisandro Cleri tidak menafikan bahawa cadangan wang kertas (tertera wajah Messi) tersebut akan membangkitkan semangat rakyat Argenntina.

Sebelum ini, Messi telah meraikan kemenangan Argentina di Piala Dunia selama beberapa hari sebelum pulang ke rumahnya pada Rabu.

Ekoran daripada itu, orang ramai berkumpul di luar rumah ‘Rosario’ untuk turut meraikan kejayaannya dengan menanti ketibaan kereta yang dinaiki Messi dan isterinya, Antonella Roccuzzo di sana.

Tidak dinafikan bahawa Messi sedikit terkejut melihat kawasan rumahnya dibanjiri ribuan orang yang berkumpul untuk menyambut kepulangannya itu.

“Saya suka bola sepak, itulah yang saya lakukan. Saya seronok berada dalam pasukan kebangsaan dan mahu meneruskan dengan beberapa lagi perlawanan sebagai juara dunia.

“Jelas sekali saya mahu menamatkan kerjaya saya dengan ini (kemenangan Argentina) dan saya tidak akan meminta apa-apa lagi,” tambah Messi.

‘Tempah tempat duduk untuknya di Piala Dunia 2026 – Lionel Scaloni’

Sementara itu, Lionel Scaloni berkata dia mahu membawa Messi ke Piala Dunia 2026 iaitu kejohanan seterusnya yang bakal berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

“Pertama sekali, kami akan menempah tempat duduk untuknya di Piala Dunia 2026 akan datang.

“Jika dia mahu terus bermain, dia akan bersama kami. Saya fikir dia lebih berhak untuk memutuskan sama ada dia mahu bermain untuk Argentina atau tidak, atau apa sahaja yang mahu dilakukannya dengan kariernya,” kata Scaloni

Dalam kesempatan itu, Scaloni mengatakan bahawa perkara tersebut akan menjadi keseronokan terbesar bagi mereka untuk melatih Messi sekali lagi serta rakan sepasukannya yang lain.

“Semua yang dia temui sehingga rakan sepasukannya adalah sesuatu yang tiada tandingan, sesuatu yang saya tidak pernah lihat sebelum ini. Seorang pemain yang banyak memberi makna kepada rakan sepasukannya,” tambahnya.

Sumber: Sportbible

Florence Nuar