Siakap Keli
Kredit: Astro Arena

‘Kecek’ BI Slang Tranung, Kefasihan Faisal Halim “Speaking” Jadi Bualan Peminat

Salah seorang pemain yang mewakili Malaysia, Faisal Halim kelihatan petah berbahasa Inggeris ketika ditemu bual oleh media ketika perlawanan pertama Piala AFF semalam.

Pemain sayap yang berusia 24 tahun itu kelihatan sangat yakin ketika menjadi wakil Malaysia untuk ditemu bual oleh media antarabangsa selepas perlawanan Myanmar itu.

Menerusi video dari akaun Twitter rasmi Astro Arena, Faisal atau lebih dikenali sebagai Miki menjawab soalan dari media dengan disertai kapsyen ‘Hebak mu Miki di bumi Myanmar’.

Tindakan beliau untuk menyahut cabaran dalam menjawab soalan media dengan menggunakan bahasa Inggeris turut meraih pujian daripada warganet Malaysia.

Lebih menarik, sesi temu bual tersebut menyaksikan sebutan beliau yang sedikit unik kerana memiliki pengaruh dari loghat Terengganu. Ia bagaimanapun sama sekali tidak menjejaskan pemahaman media terhadap respon yang ingin beliau sampaikan.

Bukan itu sahaja, Faisal Halim juga mengenakan raut wajah yang tenang dan sentiasa mengenakan ‘eye contact‘ kepada media, dan perkara ini merupakan salah satu ciri-ciri yang penting apabila berkomunikasi dengan individu lain.

Kredit: Twitter
Kredit: Twitter
Kredit: Twitter
Kredit: Twitter
Kredit: Twitter
Kredit: Twitter

Kemahiran komunikasi yang baik merupakan perkara penting bagi atlet untuk membina imej yang positif

Bagi segelintir pihak, mungkin perkara tersebut bukanlah satu perkara yang luar biasa disebabkan rata-rata rakyat Malaysia mampu bertutur lebih dari satu bahasa.

Namun, dari persepektif bola sepak tempatan, beliau merupakan antara pemain yang petah dan yakin menjawab apabila ditemu bual oleh para wartawan, tanpa kelihatan sedikit gementar mahupun gugup.

Sudah menjadi kelaziman untuk seorang atlet profesional melengkapkan diri dengan skill komunikasi yang baik kerana mereka seringkali bertanding di peringkat antarabangsa sambil membawa nama dan imej negara.

Sebelum ini, Faisal Halim telah menjadi wira negara apabila beliau menyumbangkan satu gol penting dalam perlawanan pertama Piala AFF menentang Myanmar semalam.

Jadi, dapat disimpulkan bahawa Faisal Halim sememangnya seorang yang berbakat, bukan sahaja di atas padang namum turut ‘berbisa’ apabila berada di luar padang.

BACA: Piala AFF: Syihan Muncul Wira, Nafikan Penalti Minit 90 Myanmar, Malaysia Menang 1-0

Sumber: Astro Awani via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma