Siakap Keli

Lexis Hibiscus Port Dickson Menjemput Para Tetamu Untuk Menikmati Sambutan FUNTASTIC Countdown Sempena Perayaan Tahun Baru

  • Selamat Menyambut Tahun Baru Dengan Pakej Percutian NYE Eksklusif 2H1M/3H2M
  • 2H1M: 31 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023
  • 3H2M: 30 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023 atau
  • 31 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023

Kuala Lumpur, 19 Disember 2022 – Dengan lautan yang indah, Lexis Hibiscus Port Dickson adalah tempat yang sesuai untuk seluruh keluarga untuk sambutan tahun baru ini pada 31 Disember. Pesta ria tahun baru termasuk pelbagai permainan yang seronok, makanan yang lazat, akitiviti-aktiviti meriah dan bunga api menerangi langit Port Dickson dengan paparan yang mempesonakan.

“Para tetamu boleh menikmati perayaan tahun baru yang meriah dan seronok di karnival pantai di resort kami. Pandemik telah melanda kehidupan sosial kami sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sambutan tahun ini adalah ganjaran kami kepada para tetamu yang ingin merasai pengalaman meraikan sekali lagi yang menggembirakan, sempena sambutan tahun baru,” berkata Mandy Chew Siok Cheng, Presiden, Lexis Hotel Group.

Bermula dari jam 5 petang, perayaan Tahun Baru merangkumi aktiviti yang menakjubkan, menjadikan Lexis Hibiscus Port Dickson sebagai tempat yang sesuai untuk sambutan Tahun Baru:

• Keluarga dan anak-anak boleh menyertai permainan karnival yang menyeronokkan dan berjumpa haiwan ternakan di zoo haiwan peliharaan
• Menikmati makan malam Bufet BBQ Antarabangsa yang enak di pantai yang menampilkan hidangan kegemaran termasuk hidangan pembuka selera dan pencuci mulut yang menyelerakan; dan pilihan hidangan barbeku yang diperap dengan baik
• Pelbagai persembahan muzik secara langsung dan parti penarian dengan DJ yang memutarkan lagu terhangat
• Tonton filem bersama orang tersayang di bawah bintang di outdoor cinema
• Persembahan aksi api yang menakjubkan
• Paparan bunga api yang memukau pada waktu tengah malam
Hiburan langsung, hadiah cabutan bertuah dan banyak lagi

“FUNTASTIC COUNTDOWN CARNIVAL” adalah sebahagian daripada pakej 2H1M/3H2M pakej NYE Countdown Getaway Lexis Hibiscus Port Dickson hanya untuk para tetamu resort dan berlangsung dari 31 Disember 2022 hingga 1 Januari, 2023 (2H1M) yang bermula dari harga RM1,300* atau 30 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023 / 31 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023 yang bermula dari harga RM2,600* dan termasuk yang berikut:

  • Jenis Bilik Pilihan Dengan Akses Ke Kolam Renang Peribadi dan Bilik Stim Dalam Bilik
  • Sarapan Harian
  • Makan Malam Bufet BBQ Antarabangsa di Pantai
  • Akses ke FUNTASTIC COUNTDOWN CARNIVAL
  • Beg cenderahati dengan barangan pesta yang menarik dan barangan edisi terhad yang eksklusif

Sila ambil perhatian bahawa harga pakej berbeza mengikut jenis bilik terpilih dan hanya terpakai untuk 2 orang. Caj tambahan dikenakan untuk para tetamu yang lebih.

Pastikan anda dan orang yang anda disayangi tidak terlepas keseronokan di FUNTASTIC COUNTDOWN CARNIVAL. Sertailah pesta meriah dan sambutkan Tahun Baru ini dengan percutian 2H1M/3H2M di Lexis Hibiscus Port Dickson!

Tempah penginapan anda di Lexis Hibiscus Port Dickson di https://www.lexishibiscuspd.com/ atau hubungi Pasukan Tempahan kami di [email protected] / +603 2083 0933. Bilangan bilik yang terhad tersedia jadi pastikan untuk menempah milik anda sekarang!

Kekal berhubung dan kongsi momen #MYLexis kegemaran anda di @lexishibiscus di Instagram, @lexishibiscuspd di Facebook dan @lexishotelgroup di TikTok.

Amira

Love yourself.