Siakap Keli
Video Tikus Makan Ayam
Gambar: Twitter

Tular Video Tikus Makan Ayam Di Restoran, KKM Minta Maklumat Segera

Tular Video Tikus Makan Ayam Di Restoran, KKM Minta Maklumat Segera

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi ciapannya di Twitter telah meminta seorang pengguna Twitter bernama zoeyhanafiah yang memuat naik video kelibat tikus berkeliaran di sebuah restoran tampil memberikan maklumat terperinci.

Video yang tular tersebut memaparkan seekor tikus sedang bebas memakan ayam goreng di kawasan tempat pameran ayam goreng berkenaan.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Ni Kena Teliti Betul-Betul Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Menurut keterangan video yang tular tersebut, kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah restoran yang tidak dinyatakan.

Rentetan tular video tersebut, KKM telah meminta bantuan perakam video tersebut untuk tampil dan memberi maklumat lanjut agar tindakan tegas boleh diambil ke atas kedai makanan tersebut.

“Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar SEGERA,” tulis KKM.

Sumber: KKM

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka