Siakap Keli
Kredit FAM/Facebook

FAM Ucap Terima Kasih Kepada TMJ, Bagi Pinjam Kanvas Penutup Padang Untuk “Game” Malam Ini

TMJ pinjamkan kanvas tutup permukaan padang dalam perlawanan Piala AFF malam ini

Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim perkenan meminjamkan kanvas bagi menutup permukaan padang pada perlawanan Piala Mitsubishi AFF malam ini.

Berita itu telah dikongsikan oleh Football Association of Malaysia menerusi muat naik hantaran terbaru mereka di Facebook rasmi persatuan tersebut.

“Junjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas kesudian baginda meminjamkan kanvas bagi menutup permukaan padang menjelang perlawanan kedua Kumpulan B, Piala Mitsubishi Electric AFF 2022, Malaysia lwn Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 8.30 malam ini,” tulis muat naik FAM menerusi Facebook mereka.

Penggunaan kanvas tersebut adalah bertujuan untuk memastikan keadaan padang terpelihara dan berada dalam kondisi yang baik sebelum sepak mula perlawanan pada malam ini.

Penggunaan kanvas itu sangat diperlukan oleh kerana keadaan cuaca di sekitar kawasan Lembah Klang yang sentiasa dituruni hujan terutamanya pada waktu petang dan malam.

Menurut FAM lagi, mereka berharap dengan langkah proaktif yang diambil itu dapat memastikan padang berada dalam keadaan yang memuaskan. Sekali gus pemain skuad kebangsaan juga dapat memberikan perlawanan yang menarik kepada para penyokong Harimau Malaya yang bakal hadir ke stadium pada malam ini.

Sumber: Football Association of Malaysia/Facebook

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka