Siakap Keli
Kredit: Fabrizio Romano

Kos Pemindahan Dianggar Lebih RM200 Juta, Liverpool Sah Ikat Cody Gakpo

Liverpool dilapor berjaya mendapatkan khidmat Cody Gakpo selepas Philips Sport Vereniging (PSV) mengumumkan persetujuannya bersama kelab bola gergasi dari England tersebut pada Isnin.

Memetik laporan AFP, Gakpo yang berasal dari Belanda berjaya menjaringkan tiga gol untuk negara itu semasa mewakili Piala Dunia Qatar 2022 yang lalu.

Sebelum ini, bintang bola sepak Belanda itu telah dikhabarkan kononnya akan berpindah ke kelab saingan Liverpool, iaitu Manchester United.

“PSV dan Liverpool FC telah mencapai persetujuaan mengenai rancangan pemindahan pemain Cody Gakpo,” jelas PSV dalam satu kenyataannnya.

“Pemain posisi penyerang yang berusia 23 tahun ini akan berpindah ke England tidak lama lagi untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan menandatangani kontrak sebelum proses pemindahan dapat dilakukan dengan sempurna.”

Selain itu, pengurus utama PSV, Marcel Brands mengatakan bahawa kos pemindahan pemain tersebut akan menjadi rekod terbesar bagi kelab dari Belanda tersebut.

Berdasarkan beberapa laporan, kos tersebut dikatakan mampu mencecah sehingga 50 juta euro (RM 235.30 juta).

Dalam pada itu, ketibaan Gakpo dalam Liverpool merupakan salah satu langkah untuk mengukuhkan barisan hadapan pasukan tersebut selepas pembelian Luis Diaz dan Darwin Nunez pada tahun lalu.

Sebelum ini, The Reds telah menduduki tangga keenam dalam Liga Perdana, hanya kekurangan lima mata dari empat pasukan di tangga teratas yang layak ke Liga Juara-Juara, ia diyakini berpunca daripada prestasi yang  kurang memberangsangkan pada permulaan musim lepas.

Namun, anak buah Jurgen Klopp berjaya memperoleh kemenangan ke atas Aston Villa 3-1 dalam Liga Perdana selepas berakhirnya Piala Dunia pada Isnin lalu.

BACA: Al Nassr FC Masih Menunggu Keputusan Ronaldo

Sumber: AFP

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma