Siakap Keli
komen lama sentuh soal perkauman
Gambar: BERNAMA

Orang Ramai Dinasihat Jangan Tular Komen Lama Sentuh Soal Perkauman

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) — Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan semula satu komen berbaur perkauman secara provokasi yang pernah tular menerusi Facebook beberapa bulan lepas, kerana ia boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pada 1 April lepas seorang lelaki berumur 33 tahun telah ditahan berhubung komen berkenaan, dan dia didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam kenyataan di sini hari ini beliau berkata tangkap layar komen berbaur perkauman daripada pemilik akaun Facebook Nazrul Nazari yang dikesan tular di media sosial sejak semalam itu merupakan komen lama.

Beliau berkata semalam polis telah mengesan penularan semula tangkap layar berkenaan di pelbagai media sosial antaranya di aplikasi Facebook dan Whatapps itu.

Menurutnya tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mendatangkan khianat awam melalui isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana