Siakap Keli
Kredit: Pixabay & Seasia

Tewaskan Thailand, Kemboja Raih Anugerah Beras Terbaik Dunia Buat Kali Kelima

Beras dari Kemboja, Phka Romduol telah meraih gelaran Beras Terbaik di Dunia 2022 dalam Konferens Beras Dunia (WRC) baru-baru ini

Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (MAFF), Dith Tina memberitahu Khmer Times bahawa beras wangi premium Kemboja tersebut telah memenangi anugerah tersebut buat kali kelima sepanjang sejarah industri beras dunia.

“Seluruh dunia dapat mengenali negara kami menerusi anugerah ini yang menjadikan kami sebagai pengeluar beras berkualiti di dunia.

“Beras Kemboja yang memiliki rasa yang sangat lazat serta memiliki bau yang sangat harum ini adalah untuk bekalan pasaran tempatan serta mengeksportnya untuk memenuhi pasaran global,” jelas Menteri tersebut.

Pada Khamis minggu lepas, 60 variasi beras dari seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan yang diadakan di Phuket, Thailand.

Memetik kenyataan Lao Youth Radio, selain Kemboja, beberapa negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Vietnam dan Laos menduduki tangga teratas dalam pertandingan tersebut.

Untuk pengetahuan, beras-beras tersebut telah diadili oleh sekumpulan chef profesional yang melakukan penilaian kualiti dari segi rupa luaran, aroma dan rasanya selepas dimasak.

Setakat ini, Asia Tenggara telah mendominasi pertandingan ini melalui juara-juara musim lepas iaitu Thailand (tujuh kali), Kemboja (lima kali) serta Myanmar dan Vietnam masing-masing menjuarai pertandingan tersebut untuk satu kali.

Selain Asia Tenggara, hanya Amerika Syarikat menjadi negara bukan dari rantau itu yang berjaya memenangi pertandingan tersebut sebanyak dua kali, lapor Asean Skyline.

https://www.facebook.com/ItsAseanSkylines/posts/pfbid028aKFh5QFCmA2LUVw9FJvvsVB3eCBFzJYGwuYMoD6KGXN3Rg3fsxNnu5MBgvawdtGl

BACA: Dinobatkan Antara Tersedap Di Dunia, Ini Kisah Beras Koshihikari Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Asean Skyline via Facebook & The Laotian Times

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.