Siakap Keli
Kredit Instagram

Rebah Pada Rakaat Kedua, Lelaki Dilapor Meninggal Dunia Ketika Solat Maghrib Di Masjid

Rebah Pada Rakaat Kedua, Lelaki Dilapor Meninggal Dunia Ketika Solat Maghrib Di Masjid

Media sosial di Indonesia heboh selepas tular rakaman CCTV di sebuah masjid yang berjaya merakam seorang lelaki meninggal dunia ketika melakukan solat berjemaah di Masjid Cakung, Jakarta Timur.

Berdasarkan laporan Kumparan News, dari video yang tersebar itu menunjukkan seorang lelaki yang berkopiah hitam memakai baju putih berada di saf kedua ketika kejadian.

Dia kemudiannya tiba-tiba jatuh ke lantai masjid dan beberapa orang jemaah yang lain segera memberikan pertolongan kepada lelaki tersebut.

Penduduk telah membawa lelaki itu ke hospital untuk mendapatkan bantuan sebelum akhirnya disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Cakung, Kompol Syarifah Chaira Sukma telah mengesahkan kejadian berkenaan.

“Makluman pada hari Isnin lalu, 26 Disember 2022 pada jam 18.10 WIB, ketika solat Maghrib. Jemaah berusia 61 tahun itu telah tumbang pada rakaat kedua dan segera dibantu oleh jemaah lain untuk membawanya ke hospital,” katanya.

Menurut Syarifah lagi, kejadian itu berlaku ketika lelaki terbabit sedang menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Jami Al-Wahid, Penggilingan, Jakarta.

Lelaki itu dilaporkan meninggal dunia kerana menghidap penyakit dan tidak ada perbuatan jenayah berlaku sewaktu kejadian.

“Tidak ada jenayah, meninggal dunia kerana sakit,” ujar Syarifah.

Namun begitu, beliau tidak menjelaskan penyakit yang dihidapi lelaki itu termasuklah identitinya.

Sumber: Kumparan News, Oke News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka