Siakap Keli
telur ayam kampung
Gambar: BERNAMA/Pixabay

”Baik Untuk Tenaga…”, Doktor Dedah Ini Beza Khasiat Telur Ayam Kampung vs Telur Biasa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

”Baik Untuk Tenaga…”, Doktor Dedah Ini Beza Khasiat Telur Ayam Kampung vs Telur Biasa

Telur merupakan antara makanan yang mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan, malah ia mengandungi sumber protein yang tinggi bagi mengekalkan nutrisi dalam tubuh badan manusia.

Dengan harga yang murah dan senang didapati, telur sememangnya menjadi pilihan makanan utama kebanyakan masyarakat khususnya golongan bujang dan pelajar yang mahu menjimatkan duit.

Pun begitu, ramai di kalangan kita yang masih beranggapan bahawa telur mengandungi kolesterol yang dapat meningkatkan kolesterol dalam darah sekaligus menjadi penyebab kepada penyakit yang lebih berbahaya. Namun, penyakit kolesterol itu sebenarnya dihasilkan oleh tubuh manusia sendiri yang berpunca daripada gaya hidup yang kurang sihat.

Selain itu, telur juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti telur biasa, telur ayam kampung, telur organik, telur omega 3 dan lain-lain lagi.

Namun, tahukah anda bahawa telur ayam kampung sebenarnya mempunyai khasiat yang lebih daripada telur biasa?

Justeru, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Suhazeli Abdullah telah berkongsikan mengenai perbezaan telur kampung dengan telur biasa menerusi Facebook miliknya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian ilmu yang penuh bermanfaat tersebut di bawah ini.

Perbezaan telur kampung vs telur biasa

Tak habis lagi dengan isu tu telur ni. Ada lagi duk tanya beza telur ayam kampung dengan telur biasa yang dia beli kat kedai. Terpaksalah saya cari bahan saintifik sikit sebanyak untuk membantu kefahaman tuan puan sekalian.

Sudagha, telur ayam kampung banyak khasiat rupanya. Sebab tu orang tua-tua suka pelihara ayam kampung. Kita aje malas, nak senang kononnya.

Khasiat pertama ialah telur ayam kampung menguatkan tenaga batin itu benar sebenarnya. Pengkaji dari Norway pada tahun 1997 telah membuat kajian memakan telur yang telah disenyawakan (fertilized egg) boleh meningkatkan tenaga batin lelaki. Kajian ini ambil ayam kampung di Norway lah bukan Malaysia dan kajian ini ada sedikit bias serta jumlah sampel kajian sedikit sahaja.

Sekali lagi telur yang digunakan adalah telur yang dikategorikan sebagai original yang jika sekiranya ia di ram dan ditetaskan boleh hasilkan anak ayam. Oleh kerana telur biasa yang terdapat dalam pasaran kita ada terhasil daripada ayam penelor. Ayam penelor tidak bersetubuh dengan ayam jantan sebelum ia bertelur. Menyebabkan telur yang dikeluarkan itu kebanyakannya adalah yang tidak fertile (tidak tersenyawa).
Cara melihat telur fertile adalah dengan melihat tompok putih (blastoderm) di kuning telur serta terdapatnya lendir semacam tali (chalazae). Telur tersenyawa inilah mengandungi kekuatan tenaga batin jika dimakan. Menurut kajian tersebut sebaiknya telur itu di makan dalam tempoh inkubasi samada inkubasi secara buatan ataupun semasa diram oleh si ibu ayam. By right, tiga hari pertama dalam tempoh yang terbaik. Kerana selepas daripada itu tompok putih itu akan bertukar kepada setompok darah dan akhirnya janin ayam terbentuk. Itu pasal orang zaman dulu sanggup berkelahi dengan ibu ayam untuk curi telur di atas sakok ayam.
Khasiat kedua; Ayam kampung mempunyai kelebihan zat vitamin A, E, Omega-3 dan beta karotin. Kolesterol dan lemak tepu juga jauh berkurang berbanding telur biasa.
Sekian untuk pengetahuan anda. Lain kali toksah lah tanya lebih bab telur ni. Malas nak jawab dah. Takkanlah bab telur ni boleh runtuhkan ekonomi negara?
Gambar: Dr Suhazeli Abdullah

Sumber: Dr Suhazeli Abdullah

Farah Nabilah