Siakap Keli
Kredit: Keluarga.my

Telur Penyebab Kolestrol Tinggi, Betul Ke? Ketahui 9 Khasiat Telur Bagus Untuk Tubuh Anda

Telur Penyebab Kolestrol Tinggi, Jom Ketahui 9 Khasiat Telur Yang Bagus Untuk Tubuh Anda

Telur sejenis makanan yang biasa di makan oleh semua lapisan masyarakat. Ia bahan asas masakan yang mudah untuk diolah sama ada digoreng, direbus atau digunakan di dalam penyediaan kek, biskut dan pastri.

Tahukah anda telur mempunyai pelbagai jenis vitamin yang bermanfaat untuk tubuh badan kita seperti vitamin D, Vitamin B2 dan lain-lain.

Walaupun pelbagai mitos mengatakan bahawa telur mengandungi kolestrol yang tinggi dan tidak bagus untuk tubuh badan kita, tetapi telur sebenarnya antara makanan yang tersihat yang perlu kita makan selalu.

Jom ikuti perkongsian daripada @Farmacora di platform twitternya berkaitan 9 khasiat telur yang bagus untuk tubuh badan anda.

9 jenis khasiat telur untuk tubuh badan anda

Sistem imun lebih baik

Makan telur dapat memastikan badan anda tidak dijangkiti bakteria dan virus secara semulajadi. Telur yang bersaiz besar (saiz AA) mengandungi 1/4 kandungan selenium yang diperlukan untuk memperbaiki daya tahan badan dan dapat mengawal hormon tiroid.

Mengandungi kalestrol yang baik

Ramai beranggapan bahawa telur mengandungi kolestrol tetapi tidak semua kolestrol jahat dan telur mengandungi kolestrol yang baik adalah HDL (high density lipid) sejenis kolestrol yang terdapat daripada telur yang memberi banyak manfaat dalam mengawal hormon serta sumber yang diperlukan oleh otak dan sistem saraf kita. Untuk pengetahuan anda, Otak dan sistem saraf kita terbentuk 90 peratus daripada kolestrol.

Kurangkan risiko sakit jantung

Kolestrol LDL (Low-density Lipoprotein) ada zarah-zarah yang kecil dan besar. Zarah-zarah kecil ini membuatkan saluran tersumbat, manakala zarah-zarah yang besar membuatkan saluran bebas dari tersumbat. Jadi dengan menambahkan zarah-zarah besar ini ke dalam saluran darah, risiko untuk diserang sakit jantung adalah lebih rendah.

Menambah tenaga

Telur dapat tambah tenaga disebabkan mengandungi kandungan Vitamin B2 dalam telur. Ia amat penting kerana dapat membantu badan kita menukar makanan menjadi tenaga. Untuk proses ini berlaku, badan kita memerlukan lebih tenaga dan sebiji telur mengandungi 15 peratus daripada keperluan harian vitamin B2.

Rambut dan kulit lebih sihat

Kredit: hijabista.com

Selain vitamin B2, telur juga kaya dengan vitamin B5 dan B12. Vitamin-vitamin kompleks ini sangat penting untuk kulit, rambut dan kuku yang lebih sihat dan cantik. Kedua-dua putih dan kuning telur baik untuk kulit dan rambut.

Baik untuk otak

Kredit: Pixabay/ hainguyenrp

Choline yang terkandung di dalam telur bertanggungjawab dalam proses ini kerana Choline diperlukan untuk neurotransmitter dalam otak kita supaya berfungsi dengan baik. Kekurangan nutrien ini boleh menyebabkan masalah saraf di dalam otak.

Mengurangkan tekanan

Untuk pengetahuan umum, jika tubuh badan anda tidak dibekalkan dengan asid amino yang terkandung di dalam telur ia boleh memberi kesan kepada otak. Menurut kajian pada 2004, mineral dan vitamin dalam telur boleh meningkatkan serotonin dalam badan dan dapat mengurangkan tekanan dan rasa bimbang.

Baik untuk kesihatan mata

Kredit: bondamiza.com

Telur adalah salah satu makanan yang mengandungi zeaxanthin dan lutein yang dapat menjaga saraf di kawasan mata dari mengalami kerosakkan dan dengan pengambilan yang kerap boleh mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan mata seperti rabun dan mata kering.

Baik untuk tulang dan gigi

Kredit: Beautyjournal.id

Telur membekalkan vitamin D yang diperlukan untuk tulang dan gigi yang lebih baik. Vitamin D sangat penting untuk kesihatan tulang dan gigi kita kerana vitamin D dalam telur membantu penyerapan kalsium dan baik untuk kesihatan hati.

Kesimpulannya, anda tidak perlu risau untuk memakan telur dalam diet seharian sebab telur sangat baik untuk kesihatan anda. Namun pengambilannya haruslah secara bersederhana untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lain.

Sumber: @Farmacora via Twitter

Shafikah