Siakap Keli
Kredit: VocketFc

Tak Puas Hati Dilayang Kad Merah, Pemain Tembak Mati Pengadil Di Atas Padang

Pengadil Ditembak Mati Oleh Pemain Selepas Layang Kad Merah

Seorang pengadil liga tempatan di Argentina di tembak mati oleh seorang pemain bola sepak selepas tidak berpuas hati dilayangkan kad merah.

Pengadil tersebut, Cesar Flores telah ditembak sebanyak tiga kali oleh pemain bola sepak terbabit selepas melayangkan kad merah kepadanya.

Insiden ini berlaku di daerah Cordoba yang menyaksikan seorang permain yang berasa marah lalu mengambil pistol di dalam beg galasnya dan berlari ke padang ketika permainan diteruskan dan menembak mati pengadil tersebut sebanyak tiga kali di bahagian leher, kepala dan dada.

“Semuanya berlaku semasa perlawanan itu. Kami tidak tahu apa yang berlaku dengan pengadil, tetapi pemain itu marah lalu mengambil pistol dan membunuhnya,” kata polis.

Menurut pihak polis, pemain itu juga turut didakwa telah menembak seorang lagi permain, Walter Zarate di bahagian dada dan menyebabkan pemain yang berusia 25 tahun itu cedera parah.

BACA: Salt Bae Dilapor Dilarang Sertai Festival Muzik Los Angeles 

Sumber: Bleacher Report

Shafikah