Siakap Keli
Lipas Terperangkap Dalam Telinga
Kredit Fakta.Indo/Instagram

Ingatkan Sakit Biasa, Wanita Alami Detik Cemas Lipas Terperangkap Dalam Telinga

Ingatkan Sakit Biasa, Wanita Alami Detik Cemas Lipas Terperangkap Dalam Telinga

Satu video memaparkan seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas telinganya dimasuki seekor lipas menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor Suara.com.

Video yang di muat naik oleh @fakta.indo di Instagram pada Khamis, 29 Disember lalu telah menunjukkan seorang jururawat di hospital sedang memeriksa telinga seorang wanita.

Berdasarkan video itu, jururawat tersebut dilihat berjaya mengeluarkan seekor lupas daripada telinga pesakit dengan menggunakan pengepit.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Menurut keterangan di video tersebut, wanita itu pada awalnya mengadu sakit di telinga kanannya. Setelah pemeriksaan dilakukan, ternyata terdapat seekor lipas di dalam telinga wanita berkenaan.

Kejadian yang menimpa wanita itu telah membuatkan netizen berasa geli dan takut. Beberapa pengguna media sosial juga sempat mempersoalkan bagaimana serangga itu boleh masuk ke telinga wanita berkenaan.

Malah, peristiwa yang dialami wanita dalam video tersebut telah membuatkan netizen cemas untuk tidur. Takut-takut jika lipas juga akan memasuki telinga mereka sewaktu sedang nyenyak tidur.

Terdapat juga beberapa komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial tersebut berasa lega selepas lipas itu dapat dikeluarkan dari telinga wanita berkenaan.

“Refleks saya segera memegang telinga saya,” tulis seorang pengguna diikuti dengan emoji sedih.

“Ini yang saya takut. Masalahnya saya tidak sedar ketika sedang tidur. Saya harap ia tidak akan berulang lagi,” tulis lagi seorang pengguna.

“Mengerikan, bagaimana ia boleh masuk ke dalam telinga,”tulis seorang lagi pengguna.

Sumber: Suara.com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka