Siakap Keli
Kredit: BBC

Marathon Setiap Hari Selama Setahun, Lelaki Lari Sejauh 15,300 Km Kumpul Dana Amal RM 5 Juta

Marathon Setiap Hari Selama Setahun, Lelaki Lari Sejauh 15,300 Km Kumpul Dana Amal RM 5 Juta

Seorang lelaki British yang meletakkan matlamat untuk berlari marathon setiap hari sepanjang 2022 bagi mengumpul dana amal berjumlah 1 juta pound (RM 5.26 juta) berjaya mencapai sasaran tersebut selepas melengkapkan larian terakhirnya pada akhir 31 Disember lepas.

Gary McKee memulakan cabaran tersebut pada 1 Januari 2022 dengan tujuan untuk mengumpul dana dan disalurkan kepada dua yayasan kebajikan, Macmillan Cancer Support dan West Cumbria Hospice at Home.

Bagi meastikan sasarannya tercapai, Gary difahamkan akan berlari sejauh 42 kilometer setiap hari sebelum beliau memulakan tugas hakikinya sebagai seorang pekerja di loji tenaga kuasa nuklear di Sellafield. Beliau akan memulakan larian seawal 8.30 pagi dan akan menamatkan larian tersebut kira-kira 2 petang.

Seusai melepasi garisan penamat pada akhir tahun lepas, dia diberikan sambutan bunga api yang meriah oleh komuniti setempat yang berterusan memberikan sokongan kepadanya.

Sepanjang misi ini, Gary telah menggunakan lebih daripada 20 pasang kasut, berlari lebih daripada 9,500 batu (15,300 kilometer) dan menghabiskan larian marathonnya pada 2.00 petang.

”Orang ramai berkumpul di tepi jalan untuk memberikan sokongan walaupun ketika itu hujan sedang turun. Semua orang bertepuk tangan dan memberika sorakan.

”Suasana itu sangat mengujakan. Saya tidak akan melupakannya sampai bila-bila,” katanya kepada BBC.

Kredit: BBC

Pihak badan kebajikan berterima kasih atas apayang dilakukan oleh Gary

Usaha murni yang ditunjukkan oleh Gary itu nyata menyentuh hati banyak pihak termasuk dari badan kebajikan yang hendak dibantunya.

“Agak sukar untuk mengungkapkan betapa bersyukurnya kami atas keberanian Gary untuk mengambil cabaran yang luar biasa ini. Kekuatan fizikal dan mental yang dimiliki olehnya tidak dapat dibayangkan.

“Gary bukan hanya dapat mengumpulkan dana buat dua rumah kebajikan, dia turut mengenakan ‘magik’ ke atas masyarakat tempatan dan membawa mereka untuk menyokong dirinya bagi menyempurnakan cabaran ini,” kata Pengarah Dana dan Komunikasi Hospice At Home West Cumbria, Hayley McKay.

Kredit: BBC

Penghargaan yang sama juga dizahirkan oleh Pengarah Eksekutif Macmillan Cancer Support, Claire Rowney.

“Pencapaian dan sikap tidak mementingkan diri Gary sangat luar biasa. Setiap hari sepanjang 2022, lelaki luar biasa ini telah menggunakan seluruh anggota badannya untuk menyempurnakan cabaran marathon demi mengumpul dana buat Macmillan dan rakan kami di Hospice At Home West Cumbria.

“Saya boleh lihat bahawa disiplin dan kesungguhan diperlukan bagi mencapai sasaran ini dan tiada perkataan yang dapat menggambarkan rasa terima kasih kami yang mendalam atas segala yang telah dilakukannya untuk membantu Macmillan…” katanya.

BACA: Ibu Hamil 28 Minggu Cipta Kejutan, Tawan Acara Sukan Lasak “Spartan Race” Dalam Masa Sejam 10 Minit

Sumber: BBC

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma