Siakap Keli
Dua Helikopter Bertembung
Kredit: The West Australian | BBC

Empat Maut Dalam Nahas Pertembungan Helikopter Di Australia

Empat orang dilapor terkorban dalam nahas pertembungan di udara antara dua helikopter berhampiran Sea World di Gold Coast, Australia kira-kira pukul 2 petang baru-baru ini.

Susulan daripada itu, pihak polis Queensland berkata siasatan awal menunjukkan nahas tersebut berlaku apabila sebuah helikopter sedang melakukan pendaratan manakala sebuah lagi sedang berlepas.

Difahamkan kesemua yang terkorban berada dalam satu helikopter yang sama sementara tiga penumpang lain berada dalam keadaan kritikal.

Menurut sumber, dua warga UK adalah antara yang terbunuh dalam nahas tersebut.

Tambah mereka, pegawai (pihak bertanggungjawab) akan berhubung terus dengan keluarga mangsa dan pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, lima daripada enam orang di dalam pesawat yang sama telah melakukan pendaratan cemas dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Dua Helikopter Bertembung
Kredit: BBC

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Anthony Albanese yang maklum nahas berkenaan mengesahkan negaranya telah dikejutkan dengan insiden yang mengerikan dan tragis.

“Fikiran saya tertumpu kepada semua yang terjejas termasuk responden pertama dan turut bersimpati atas mereka yang sedang berduka,” katanya.

Bagaimanapun, Biro Keselamatam Australia (ATSB) sedang menyiasat punca pelanggaran yang berlaku tersebut.

Turut dilaporkan kedua-dua pesawat jatuh berhampiran di kawasan pelancongan yang dikenali sebagai Pantai Utama, kira-kira 75 kilometer (km) di selatan Brisbane.

Sehubungan itu, jurucakap Perkhidmatan Polis Queensland, Garry Worrell berkata, ia adalah kawasan (tempat kejadian) yang ‘sukar’ kerana terletak di tebing pantai.

Malah untuk mendapatkan perkhidmatan kecemasan dengan pantas bagi menguruskan insiden itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Kesan daripada rempuhan tersebut menyebabkan serpihan bertaburan di sekitar kawasan itu dan sebuah helikopter yang remuk berada dalam keadaan terbalik yang bertentang dengan resort Sea World.

Menurut Worrell, ketika kejadian orang awam bersama pihak polis juga telah cuba mengeluarkan penumpang dari helikopter dan melakukan pertolongan cemas kepada mangsa yang tercedera.

Dua Helikopter Bertembung
Kredit: BBC

Takziah kepada mangsa yang terjejas

Menurut BBC, pusat peranginan itu menawarkan helikopter persiaran untuk para pelancong serta menjalankan operasi sewa yang lain.

Dalam kesempatan itu, pemilik tempat peranginan tersebut turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terjejas dan berkata bahawa helikopter tersebut adalah pengendalian bebas.

Susulan daripada itu, Ketua Pesuruhjaya ATSB Angus Mitchell meminta saksi yang melihat perlanggaran tersebut untuk menghubungi pihak penyiasat.

Tambahnya, laporan awal akan didedahkan dalam tempoh enam hingga lapan minggu akan datang dengan laporan awal akan menyusul sebaik sahaja siasatan selesai.

Sumber: BBC

 

Florence Nuar