Siakap Keli
Harga petrol & diesel pertamina
Kredit CNBC Indonesia

Harga Minyak & Petrol Pertamina Turun

Harga Minyak & Petrol Pertamina Turun

PT Pertamina (Persero) secara rasmi mengumumkan penurunan harga minyak bahan bakar tidak bersubsidi (BBM) di Indonesia pada hari Selasa, lapor CNBC Indonesia.

Penurunan harga bahan api ini terpakai kepada produk Pertamax (RON92), Pertamax Turbo (RON98), Dexlite dan Pertamina Dex.

Penurunan harga bahan api bukan subsidi berkuat kuasa mulai Selasa, 3 Januari 2023 pada pukul 14.00 WIB.

Perkara itu disampaikan oleh Pengarah Utama Pertamina, Nicke Widyawati pada sidang media semalam.

Harga bahan api Pertamax (RON92) turun kepada 12,800 Rupiah (RM3.60) berbanding 13,900 Rupiah (RM3.90) pada bulan Disember lalu.

Sementara itu, Pertamax Turbo atau RON98 turun kepada 14,500 Rupiah (RM3.96) berbanding 15,200 Rupiah (RM4,29).

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Selain itu, harga bahan api produk Dexlite (diesel) pula harganya adalah 16,150 Rupiah (RM4.55) seliter berbanding 18,300 Rupiah (RM5.16) seliter pada sebelum ini, manakala Dex juga turun dari 18,000 Rupiah (RM5.30) kepada 16,759 Rupiah (RM4.72) seliter.

Pelarasan harga bagi bahan api tidak bersubsidi biasanya dilakukan sebulan sekali.

PT Pertamina (Persero) melakukan penyelarasan harga bahan bakar umum (BBM) dalam rangka melaksanakan Keputusan Menteri Tenaga dan Sumber Mineral sebagai pindaan Keputusan Menteri

Keputusan itu adalah berkaitan dengan Formula Harga Asas Jualan Runcit dalam Pengiraan Harga Jualan Runcit bagi Jenis Umum Minyak Bahan Api Jenis Minyak Petrol dan Diesel Yang Diedarkan Melalui Stesen Pengisi Bahan Api Awam.

Sumber: CNBC Indonesia

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka