Siakap Keli
Tidak Diskriminasi Pelancong
Kredit BERNAMA

COVID-19: Malaysia Tidak Diskriminasi Pelancong Asing, Utamakan Kesihatan Rakyat

Malaysia Tidak Diskriminasi Pelancong Dari Mana-Mana Negara, Kesihatan Rakyat Diutamakan – PM

PUTRAJAYA, 4 Jan (Bernama) — Malaysia tidak mendiskriminasi mana-mana negara dalam menjalankan pemeriksaan COVID-19 terhadap pelancong yang tiba di negara ini, namun mahu memastikan kesihatan rakyat adalah keutamaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kawalan di pintu masuk negara oleh Jabatan Imigresen juga diperketatkan bagi memantau kemasukan rakyat asing ke Malaysia.

“Kalau kita lihat umpamanya kadar jangkitan (COVID-19) di China yang diuar-uarkan, ia tinggi dan kita juga tahu kadar kematian di Amerika Syarikat akibat COVID-19 juga tinggi, dan begitu juga beberapa negara lain.

“Jadi kita ambil tindakan untuk menyelamatkan rakyat kita, jadi sesiapa sahaja yang masuk (ke Malaysia) harus dipantau dan dikenakan syarat yang sama,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Anwar berkata dalam mesyuarat hari ini Jemaah Menteri juga berpendapat urusan pelancongan mahupun ekonomi tidak boleh mengatasi kepentingan negara dalam mengawal jangkitan sebarang wabak terhadap rakyat termasuk COVID-19.

Gambar: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Selain itu, PM ke 10 Malaysia itu juga sempat mengulas berkenaan pemberian geran khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan antara Sabah dan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan hari dikaji dalam tempoh setiap lima tahun.

Datuk Seri Anwar juga berkata peningkatan bagi Pergerakan Kadar Dasar Semalam (OPR) adalah keputusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri. Perbincangan boleh dibuat namun segala keputusan bergantung kepada BNM.

“Pergerakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah keputusan BNM dan bukannya oleh Kementerian Kewangan,” ujarnya.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka