Siakap Keli
Kredit: Twitter

Baru Nak Makan, Pemuda Murung Bubur Kacang Hijau ‘Tumbuh’ Jadi Taugeh

Pemuda Ini Murung Kerana ‘Bubur Kacang Sudah Menjadi Bubur Taugeh’

Siapa pernah mendengar peribahasa ‘nasi sudah menjadi bubur’? Secara literalnya, ini bermaksud nasi yang dimasak dengan air berlebihan akan menjadi bubur dan tidak boleh diubah semula menjadi nasi biasa.

Bagi makna figuratifnya pula, peribahasa ini merujuk kepada penyesalan individu di atas tindakannya yang tidak dapat ditarik semula.

Namun, kisah yang ingin kami kongsi pada kali ini bukanlah berkisarkan tindakan atau penyesalan sesiapa tetapi melibatkan satu peristiwa lucu yang tidak dapat diubah walau dengan apa cara sekali pun.

Kisah ini berkisarkan situasi lucu yang dihadapi oleh seorang pemuda berasal dari Indonesia, Dadad Sesa. Dia berkongsi kisah tersebut menerusi satu video berdurasi 10 saat yang dimuat naik di Twitternya.

Dalam video tersebut, Daud dilihat ingin menjamah bubur kacang yang diperolehinya dalam bungkusan plastik.

Namun begitu, niatnya (mungkin) terpaksa dibatalkan apabila kacang-kacang hijau yang terdapat dalam bubur tersebut sudah bercambah menjadi taugeh.

Warganet nyata terhibur melihat video berkenaan memandangkan tiada siapa pun menjangkakan kacang hijau berkenaan boleh bertukar menjadi taugeh.

Walau bagaimanapun, ada juga warganet yang merasakan insiden itu mungkin lakonan semata-mata. Kata mereka, taugeh berkenaan dilihat cukup segar dan kacang hijau yang sudah direbus menjadi bubur akan menjadi lembik serta mustahil untuk tumbuh menjadi taugeh.

Kredit: Twitter

BACA: Gadis Dipercayai Masak Nasi Goreng Campur Ubat Kumur

Sumber: Dadad Sesa via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma