Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

IPOH, 8 Jan (Bernama) — Dua beranak maut di tempat kejadian apabila trak makanan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Kedai 2, Telok Rimba Simpang 4, dekat Semanggol, kira-kira 90 kilometer dari sini, malam ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.39 malam dan sejurus tiba di lokasi kejadian terdapat dua mangsa yang tersepit.
“Akibat pelanggaran itu, pemandu trak berkenaan, Shahren Ismail, 37, dan ibunya, Zainab Alias, 64, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan manakala pemandu kereta mengalami kecederaan rngan.
“Anggota menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan keluar kedua-dua mangsa tersepit di ruang pemanduan,” katanya dalam kenyataan.
Sumber: BERNAMA