Siakap Keli
Mi Kuning Rosak boleh buat muruku
Gambar: Facebook Ariff Budiman Zainal Abidin

Jangan Simpan Sampai Rosak, Abang Ni Kongsi Cara Mudah Nak Buat Muruku Guna Mi Kuning

Jangan Simpan Sampai Rosak, Abang Ni Kongsi Cara Mudah Nak Buat Muruku Guna Mi Kuning

Malaysia sememangnya terkenal dengan sebuah negara yang kaya dengan makanan. Kepelbagaian kaum dan adat budaya menjadikan rakyat mempunyai banyak pilihan dalam menentukan aneka makanan ingin diambil oleh mereka.

Setiap makanan membawa lambang dan identiti sesebuah kaum atau budaya. Namun, sebahagian daripada kita amat menggemari makanan seperti burger, maggi, kuih-muih dan termasuk juga mi kuning.

Jika bercakap mengenai mi kuning, ia sangat popular dan mendapat tempat di hati masyarakat.

Jadi, mengapa mi kuning sangat popular dalam komuniti kita? Hal ini kerana mi kuning menjadi bahan utama dalam pelbagai menu atau hidangan misalnya Mi Kuah, Mi Udang, Mi Bandung, Mi Goreng, Mi Sup dan banyak lagi.

Tambahan pula, kebanyakan kedai di jalanan tidak lekang dalam menjual pelbagai jenis menu yang berasaskan mi kuning. Jadi, tidak hairan mengapa makanan ini menjadi satu daya tarikan kepada orang tempatan.

Bagaimanapun, mi kuning mempunyai tarikh tertentu sebelum luput. Uniknya, mi kuning yang rosak masih boleh digunakan.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa mi kuning juga boleh dijadikan makanan lain yang tidak pernah anda bayangkan iaitu Muruku.

Sudah semestinya pelbagai persoalan sedang membelenggu anda sekarang. Tanpa membuang masa lagi, mari kita ikuti perkongsian Ariff Budiman Zainal Abidin di bawah tentang tips menarik ini.

Mi Kuning Rosak? Rupanya Boleh Buat Muruku

Gambar: Facebook Ariff Budiman Zainal Abidin

Dari membiarkan mi kuning rosak, saya buat muruku

Langkah-langkah

Pertama, basuh mi kuning toskan hingga kering 

Kedua, gaul dengan tepung bestari dan panaskan minyak.

Mee Kuning Rosak boleh buat muruku
Gambar: Facebook Ariff Budiman Zainal Abidin

Ketiga, goreng mi dan taburkan daun kari.

Mee Kuning Rosak boleh buat muruku
Gambar: Facebook Ariff Budiman Zainal Abidin

Keempat, bila buih yang di goreng kurang baru angkat dan biar hingga sejuk. Sedap walaupun tak sama macam guna tepung muruku. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda, selamat mencuba.

Sumber: Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?