Siakap Keli
Image by Peter H from Pixabay

Zaman Dah Berubah, RM230 Sebulan Pun Boleh Miliki Mercedes Benz EQA Tanpa Buat “Loan”

Dalam hidup kita ni, setiap orang pasti mempunyai impian dan harapan yang berbeza. Ada yang impikan percutian indah, rumah yang gah mahupun kereta mewah. Malah, jika ditanya kebanyakan orang sama ada mereka mahu memiliki kereta mewah seperti Mercedes, sudah pasti ramai yang akan memperakuinya. 

Mana taknya, kereta canggih dan dilengkapi dengan teknologi moden ini mempunyai ‘aura’ tersendiri sehingga berjaya menambat hati ramai untuk memilikinya. Namun dek kerana harga yang mahal, ramai yang hanya mampu menjadikannya angan-angan.

Tapi jangan tak tahu yang sebenarnya korang ada je peluang untuk memiliki jentera hebat ini. Salah satu caranya adalah dengan hanya berbelanja di PETRONAS. Tapi, ianya tidak mustahil dan boleh menjadi realiti. Kalau dah rezeki, tak kan ke mana, mungkin Mercedes tersebut boleh menjadi milik anda ataupun pelbagai lagi hadiah menarik bernilai sehingga RM500k. 

Tapi daripada mana datang semua hadiah-hadiah ni? Siap nak bagi kereta Mercedes lagi?

Kredit: Mercedes-Benz

Untuk yang tak tahu, PETRONAS sebenarnya sedang melancarkan edisi kempen ganjaran kesetiaan Mesra Bonanza Lagi Onz dengan menawarkan hadiah lebih RM500,000 kepada 1,200 pemenang bertuah. Ia akan berlangsung selama tiga bulan bermula dari 1 November 2022 sehingga 31 Januari 2023. Lama tau peluang korang untuk rebut.

Kalau korang tau hadiah yang korang berpeluang untuk menang, mesti korang akan lebih semangat nak sertainya. 

Selain hadiah utama berupa Mercedes Benz EQA bernilai RM300,000, PETRONAS juga tawarkan hadiah baucar percutian bernilai RM15k untuk dua pemenang. Ada juga hamper serta hadiah bulanan yang sangat menarik untuk 400 pemenang.

Nak tahu apa hadiah-hadiah yang korang boleh dapat tu? Meh sini min nak kongsikan dengan korang. Dengan hanya isi minyak RM40 atau berbelanja RM10 di kedai mesra, korang berpeluang menang:-

  • Motosikal Honda ADV 150 x 1 pemenang setiap bulan
  • iPhone 14 kegemaran dalam versi 128GB x 6 pemenang setiap bulan
  • Jam Tangan Garmin Venu SQ 2 x 12 pemenang setiap bulan
  • Baucar minyak bernilai RM50 x 110 pemenang sebulan.
  • Baucar Setel bernilai RM50 x 60 pemenang sebulan.
  • Baucar membeli belah sebanyak RM50 x 50 pemenang sebulan.
  • Barangan Edisi Terhad Gas PETRONAS bernilai RM100 x 20 pemenang sebulan.
  • Minyak pelincir Petronas Syntium x 20 pemenang dalam sebulan.
  • 5,000 mata ganjaran Mesra bernilai RM50 x 120 orang sebulan.

RM230 Sebulan Pun Boleh Miliki Mercedes Benz EQA Tanpa Buat “Loan”

Cara-cara nak menang senang je sebenarnya tau korang. Bagi mendapatkan hadiah utama tu, pelanggan perlu berbelanja sebanyak RM700 secara keseluruhan dalam masa 3 bulan di mana-mana stesen PETRONAS untuk menyertainya. Jadi, bila dibuat kiraan, pengguna hanya perlu kumpul RM233 sahaja dalam masa sebulan. Kaedah pembayaran boleh gunakan visa, setel, tunai, kad dan transaksi pembayaran yang lain.

Isi Minyak RM40 & Shopping RM10 Pun Boleh Menang Hadiah

Untuk dapatkan hadiah bulanan pulak, hanya perlu spend RM40 untuk isi minyak atau RM10 beli barangan di dalam kedai Mesra. Petrol dan barang dimaksudkan adalah:

  • PETRONAS Primax 97 with Pro-Race
  • PETRONAS Primax 95 with Pro-Drive
  • PETRONAS Dynamic Diesel
  • PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive
  • Barang-barang dari Kedai Mesra (kecuali rokok, top-up prepaid, Touch N’ Go dan juga ePay)

Kalau korang semua rasa berminat dan nak tahu lebih lanjut lagi tentang kempen yang seronok dari Petronas ni, korang layari je laman web ni. https://www.mymesra.com.my/bm/untuk-pengguna/promosi/mesra-bonanza-lagi-onz

Nor Fakhry