Siakap Keli

Bukan ‘Air Tangan’ Biasa, Ini Rahsia Besar Ramai Isteri Guna Untuk Tambat Hati Suami

Semua orang yang sudah berkahwin pastinya mengharapkan rumahtangga yang bahagia. Bila sebut tentang kebahagiaan ni, mestilah kita perlukan komitmen dan kesetiaan daripada kedua-dua belah pihak.

Suami jalankan tanggungjawab memberi nafkah manakala isteri pula lengkapi hidup suami dan saling membantu dalam menguruskan hal ehwal rumah tangga.

Selain itu, para suami isteri juga boleh amalkan doa-doa pengerat kasih sayang supaya rumahtangga berkekalan hingga ke hujung usia.

Tak kurang juga ada pesanan orang tua dulu-dulu iaitu ikat perut suami dengan air tangan isteri. Maksudnya, kalau para isteri nak pikat suami, mestilah masak makanan kegemaran mereka. Nak bagi confirm sedap, masukkan ‘rahsia pengasih’ ini.

‘Rahsia Pengasih’ Bantu Isteri Nak Pikat Suami

Dalam diam kita buat macam tu. Pasti akan buatkan para suami tertanya-tanya. Kalau nak tahu, rahsia pengasih yang dimaksudkan ialah Perencah Serbaguna Stok Ayam Bestari yang sesuai dimasukkan ke dalam apa jua masakan.

Kita ambil contoh, apa kata kita cuba masak Nasi Ayam Hainan ‘Viral’ yang menjadi kegemaran ramai orang. Menariknya, resepi istimewa ini menggunakan Perencah Serbaguna Stok Ayam Bestari sehingga ianya menjadi sangat sedap. Jadi, tunggu apa lagi? Jom kita cuba masak!

Bahan-bahan untuk nasi

Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah 70g Perencah Serbaguna Stok Ayam Bestari, 1kg beras, 150g planta, 80g bawang merah (dicincang halus) 50g bawang putih (dicincang halus), 50g halia (dicincang halus), 1.3 liter air dan 2 helai daun pandan.

Bahan -bahan untuk ayam

Bahan-bahan untuk ayam pula ialah 1⁄2 ekor ayam, 2 inci halia dengan kulit, daun bawang, 40g Perencah Serbaguna Stok Ayam Bestari, 20g Garam Kristal Himalaya Bestari, 2 liter air, dan 1 sudu besar minyak bijan.

Penyediaan nasi

Mula-mula, panaskan periuk dan masukkan planta sehingga ia menjadi cair. Kemudian, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia sehingga naik bau. Masukkan pula beras, air, daun pandan, Perencah Serbaguna Stok Ayam Bestari dan gaul sehingga rata. Masak (tanak) nasi seperti biasa. Nasi sedia untuk dihidang.

Penyediaan ayam

Pertama, pastikan halia dipotong kasar manakala daun bawang pula diasingkan dengan mengasingkan daun serta batang. Kemudian, potong daun bawang dalam anggaran 2 inci. Lumur permukaan ayam dengan Garam Kristal Himalaya Bestari.  Selepas itu, tumbuk halia sehingga pecah dan susun halia serta daun bawang dalam periuk.

Masukkan pula ayam, daun bawang, Perencah Serbaguna Stok Ayam Bestari dan air. Rebus ayam dengan api perlahan selama 45-60 minit. Akhir sekali, angkat ayam tersebut dan biarkan ia sejuk terlebih dahulu sebelum dihidangkan untuk dimakan.

Apa Kelebihan Produk Perencah Serbaguna Stok Ayam Bestari Ni?

Untuk maklumat korang, produk Perencah Serbaguna Stok Ayam Bestari ini dijamin tahap kebersihan pemprosesannya dan berkualiti tinggi serta dihasilkan daripada bahan-bahan yang terpilih. Menariknya, produk ini disahkan dan diiktiraf Halal oleh JAKIM. Manakala jangkahayat produk pula adalah selama 18 bulan! Produk ini terdapat dalam tiga jenis pembungkusan iaitu 18gm, 230gm dan 1kg dengan harga yang sangat berpatutan setanding kualiti produk yang premium.

Bukan itu sahaja, malahan produk Perencah Serbaguna Stok Ayam Bestari ini juga sangat sesuai digunakan dalam apa jua menu harian tanpa perlu menggunakan garam atau bahan perisa. Ia sangat mudah digunakan di mana korang hanya perlu ambil beberapa sudu sahaja untuk dicampurkan dengan apa jua sajian masakan korang.

Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan resipi serta hidangan istimewa Perencah Serbaguna Stok Ayam Bestari, anda  boleh layari https://www.youtube.com/c/BestariFood. Korang juga boleh dapatkan produk Perencah Serbaguna Stok Ayam Bestari di semua pasaraya besar seperti Tesco Lotus’s, AEON, AEON Big, Jaya Grocer, Mydin, Billion, NSK dan lain-lain pasaraya yang berdekatan.

Adib Mohd