Siakap Keli
Tumbuk Skrin Mesin ATM
Gambar: Hypur

Geram Duit Tak Keluar, Lelaki Tumbuk Skrin Mesin ATM Sampai Rosak Ditahan Polis

Geram Duit Tak Keluar, Lelaki Tumbuk Skrin Mesin ATM Sampai Rosak Ditahan Polis

Gara-gara wang tidak keluar, seorang lelaki nekad bertindak agresif rosakkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dalam kejadian di sebuah bank di Lukut pada Isnin, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidil Sham Mohamed, tindakan ganas lelaki berusia 50 tahun itu telah membawa padah selepas polis berjaya menahannya pada hari yang sama.

Penahanan itu dilakukan kira-kira jam 11.30 pagi dihadapan bank tempat kejadian. Lelaki itu ditahan berikutan kesalahan kerana melakukan khianat.

“Pada Isnin, polis menerima aduan daripada seorang wanita berusia 54 tahun, bekerja sebagai pembantu pengurus di sebuah bank di Pekan Lukut, menyatakan seorang lelaki datang ke bank itu pada jam 11.10 pagi untuk mengeluarkan wang.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

“Lelaki itu kemudiannya, tiba-tiba telah menumbuk skrin mesin ATM walaupun telah dihalang oleh pengawal keselamatan.

“Bertindak atas maklumat, dia telah ditahan di hadapan bank itu,” katanya menerusi satu kenyataan pada hari ini. 

Aidil berkata, suspek telah mengaku merosakkan mesin ATM itu kerana wang yang ingin dikeluarkan tidak berjaya dilakukannya. Jumlah kerosakan dianggarkan lebih kurang sebanyak RM500.

Sehubungan dengan kejadian, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Ujarnya, berdasarkan semakan yang dibuat mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau melibatkan jenayah dan dadah.

Sewaktu kejadian, hasil ujian saringan air kencing suspek didapati negatif dan tidak mengandungi bahan terlarang.

“Suspek telah direman selama dua hari bermula hari ini di lokap Balai Polis Port Dickson.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya Negeri Sembilan dan mendapat arahan pertuduhan bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka