Siakap Keli
Tak Jadi Pecah Masuk Kedai
Kredit Instagram

Ingatkan Tak Ada Orang, Tular Aksi Lelaki Disyaki Pencuri Tak Jadi Pecah Masuk Kedai

Ingatkan Tak Ada Orang, Tular Aksi Lelaki Disyaki Pencuri Tak Jadi Pecah Masuk Kedai

Tular di media sosial Indonesia selepas satu rakaman CCTV, berjaya merakam aksi seorang lelaki yang disyaki pencuri memecah masuk sebuah kedai menjual telefon ketika pemilik kedai masih berada di dalam premis tersebut, lapor Suara.com.

Video rakaman CCTV tersebut telah dikongsi oleh akaun Instagram @memomedsos.

Video pendek tersebut memaparkan keadaan semasa di dalam kedai menjual telefon bimbit ketika kedai itu sudah ditutup.

Berdasarkan video itu lagi, dapat dilihat pemilik kedai berkenaan masih berada di kaunter dan secara tiba-tiba seorang lelaki berpakaian hitam menerjah masuk kedai berkenaan. Malahan separuh badannya sudah berada di dalam kedai tersebut.

Walaupun dalam keadaan terkejut, pemilik kedai itu tidak menjerit bahkan dia seakan sempat bertanyakan sesuatu dengan tenang kepada lelaki tersebut.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Tindakan pemilik kedai itu telah membuatkan pencuri itu bergerak keluar dari kedai itu dengan pantas. Pemilik kedai itu juga dilihat mengambil telefonnya dan sempat membuat panggilan sejurus kejadian itu berlaku.

Lokasi kejadian masih belum diketahui. Namun berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebut, aksi itu dipercayai berlaku pada Ahad, 8 Januari lalu pukul 01.38 WIB.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MEMOMEDSOS (@memomedsos)

Perkongsian video itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial di Indonesia dan ada yang sempat meninggalkan komen mereka berkenaan video tular tersebut.

“Pemilik kedai itu sangat peramah. Sudah tutup pun masih menyambut pelanggan yang mahu menceroboh,” tulis seorang netizen.

Rolling door mesti dinaik taraf,” tulis seorang lagi.

Sumber: Suara.com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka