Siakap Keli
Pasport Malaysia Duduki Tangga ke-14
Gambar: Bernama

Pasport Malaysia Duduki Tangga ke-14 Dalam Senarai ‘Paling Berkuasa’ Di Dunia 

Pasport Malaysia Duduki Tangga ke-14 Dalam Senarai ‘Paling Berkuasa’ Di Dunia 

Pasport Malaysia telah dinobatkan sebagai pasport ke-14 paling berkuasa di dunia.

Menurut hasil kajian Indeks Sekatan Visa Henley & Partners 2023, pasport Malaysia telah dipilih sebagai pasport ke-14 paling berkuasa di dunia dan menduduki tangga kedua di Asia Tenggara dengan jumlah akses ke 179 negara di belakang Singapura dengan akses 192 negara.

Dibelakang Singapura dan Malaysia, negara Brunei menduduki tempat ketiga dalam senarai negara yang berada di Asia Tenggara. Brunei mempunyai akses kepada 166 negara yang boleh dilawati secara Bebas Visa.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Kajian yang dibuat ke atas 199 negara itu dianggap sebagai rujukan ‘standard’ untuk warga global dan negara berdaulat apabila menilai kedudukan pasport dalam spektrum mobiliti global.

Indeks Pasport Henley juga merupakan indeks kedudukan pasport serata dunia mengikut bilangan negara yang boleh dikunjungi oleh pemegangnya secara Bebas Visa dan Visa ketibaan.

Kedudukan yang dikeluarkan oleh Henley & Partners adalah berdasarkan data yang diperolehi daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Kredit Henley & Partners

Jepun masih lagi mendahului dengan akses 193 negara, dan sekali gus dinobatkan sebagai negara dengan pasport paling berkuasa di dunia.

Kebanyakan negara yang berada di tangga terbawah datang daripada negara di sekitar teluk Arab dan mempunyai latar belakang negara yang sedang bergolak.

Berdasarkan hasil kajian itu, negara Afghanistan berada di kedudukan terakhir dengan hanya memiliki sebanyak 27 buah negara sahaja yang boleh dimasuki mereka secara Bebas Visa.

Sumber: Henley & Partners

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka