Siakap Keli
Formwork aluminium jatuh
Kredit BERNAMA

Pelantar Perancah Bangunan Jatuh Dari Tingkat 56, Hempap Kereta

Pelantar perancah bangunan jatuh dari tingkat 56, hempap kereta

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Sebuah kereta jenis Toyota rosak teruk selepas dihempap pelantar perancah yang jatuh dari tingkat 56 bangunan yang sedang dalam pembinaan di Jalan Ampang, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata dalam kejadian 8.45 pagi itu, sekeping pelantar perancah bangunan setinggi 80 tingkat yang dalam pembinaan itu telah jatuh dan mengenai kereta berkenaan yang diletakkan di hadapan sebuah kedai serbaneka.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

“Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan berikutan pemandu kereta itu berada dalam kedai berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu tular gambar menunjukkan sebuah kenderaan rosak di bahagian bumbung akibat dihempap bahan binaan berkenaan.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka