Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Berkhemah Dalam Kereta Teman Anak Sakit Dapat Perhatian MAIPk

Syed Faisal Sayed Muhammad
Berkhemah Dalam Kereta Teman Anak
Kredit Sinar Harian

Lelaki Berkhemah Dalam Kereta Teman Anak Sakit Dapat Perhatian MAIPk

Seorang lelaki yang tular kerana dilaporkan sanggup berkhemah di dalam kereta demi menunggu dan menemani anaknya ketika mendapatkan rawatan penyakit tumor otak telah mendapat perhatian dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Menurut laporan Sinar Harian, anak lelaki tersebut yang berusia lapan tahun sedang mendapatkan rawatan bagi penyakit tumor otak di hospital.

MAIPk dalam satu kenyataan pada hari ini memaklumkan bahawa pihaknya telah menziarahi keluarga lelaki terbabit yang dikenali sebagai Adi Saifullizam Abdul Sani, 40 tahun bagi mengetahui lebih lanjut permasalahan dihadapi kelurga berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati Adi Saifullizam yang menetap di Trolak, Sungkai bekerja sebagai operator kilang sarung tangan getah di Bidor dengan pendapatan sekitar RM1,810 sebulan.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Isterinya merupakan suri rumah dan tiga orang anak berusia 15, 12 tahun dan anak bongsu, Muhammad Afeef Mikhail, 8, disyaki menghidap tumor otak,” katanya.

MAIPk Daerah Ipoh juga turut menyampaikan sumbangan bantuan kecemasan berjumlah RM300 kepada keluarga Adi Saifullizam sewaktu melawat adik Muhammad Afeef di Wad Kanak-Kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Sumbangan kepada isterinya adalah bagi meringankan bebanan yang ditanggung Adi Saifullizam sekeluarga.

“Semoga urusan keluarga ini dipermudahkan dan Muhammad Afeef Mikhail cepat kembali sembuh,” katanya.

Sumber: Sinar Harian