Siakap Keli
lelaki maut dirempuh lori
Gambar Tangkap layar video viral

Padah Demi ‘Content’, Remaja Lelaki Maut Dirempuh Ketika Cuba Halang Lori

Padah Demi ‘Content’, Remaja Lelaki Maut Dirempuh Ketika Cuba Halang Lori

Tindakan nekad seorang remaja lelaki di Indonesia untuk menghalang sebuah lori dipercayai semata-mata untuk kandungan (content) berakhir dengan tragedi ngeri apabila dia dilanggar ketika melintas jalan hingga maut, lapor Tribun Jateng.

Difahamkan, jenazah remaja lelaki itu kemudiannya diletakkan di jalan raya bahagian bawah (dipercayai tebing) berdekatan dengan tol Gunung Putri, Daerah Bogor pada Sabtu.

Video tersebut tular di media sosial dan salah satunya dikongsi menerusi akaun Instagram.

Ketua Polis Gunung Putri Bogor Tri Nugraha mengesahkan sehingga kini identiti mayat remaja itu masih belum diketahui.

“Betul, ini mangsa kemalangan yang belum diketahui identitinya.

“Budak lelaki itu dan rakannya menahan lori secara paksa dan akhirnya dilanggar. Identiti lori itu belum diketahui,” katanya pada Sabtu.

Dalam pada itu, kes tersebut dikendalikan oleh Unit Trafik Polis Bogor dan siasatan masih dijalankan.

“Pihak kami masih menjalankan siasatan ke atas kes yang berlaku,” kata Ketua Unit Bantuan Guaman Polis Bogor, Ipda Angga Nugraha.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Seputar Bogor (@seputar.bogor)

Imbas kembali laporan terdahulu, turut pernah berlaku satu kejadian hampir serupa melibatkan seorang lelaki yang maut akibat dirempuh lori dalam nahas tahun lepas.

Seorang lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai dirempuh sebuah lori dalam satu kejadian di Perak awal pagi hari kejadian, lapor AWANI.

Memetik AWANI, nahas ngeri tersebut dilapor berlaku di Kilometer 281 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sana.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, pada awalnya panggilan mengenai kemalangan tersebut diterima mereka pada 4:31 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan, sebuah lori dipercayai telah melanggar bahagian belakang sebuah motosikal jenis Yamaha LC,” katanya, memetik AWANI.

Menurut AWANI, akibat kemalangan tersebut, mangsa, Mazaitul Hafiszan Ma’an, 38, dilapor tercampak di tengah jalan sebelum dipercayai digilis oleh lori yang sama.

BACA JUGA: Lelaki Maut Dirempuh, Digilis Lori Pagi Tadi

Sumber: Tribun Jateng

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana