Siakap Keli
kod lori jalan raya
Tangkap Layar FB

Kod Penting Dari ‘Signal’, Ketahui Tiga Isyarat Lori Di Depan Untuk Elak Bahaya

Sebut sahaja perkataan lori semestinya ada segelintir orang mengaitkannya dengan nahas melibatkan kemalangan, namun harus difahami bahawa perkara yang berlaku itu merupakan di luar kawalan kita. 

Semestinya treler yang besar daripada kenderaan pacuan empat ronda itu membuatkan kita gerun apabila berada di jalan raya sehingga terpaksa memberi laluan untuknya memotong.

Kebiasaannya kita biasa lihat lori sesama lori memberi isyarat pada kenderaan masing-masing apabila saling terserempak, namun adakah pemandu kereta tahu isyarat itu juga penting buat awam?

Demi menjaga keselamatan jalan raya, pelbagai kod untuk lori dicipta agar segala kesulitan dapat dielakkan dan juga supaya pemandu lain berwaspada terhadap keadaan sekeliling.

Susulan bentuknya yang besar itu membuatkan pemandu kereta serta motosikal sukar untuk mengetahui keadaan di hadapan dan terpaksa membuntuti lori tersebut.

Oleh itu, lori memberi tiga jenis kod penting dengan menggunakan ‘signal’ lampu kepada mereka yang berada di belakang. Mari ikuti perkongsian oleh Galeri Lori dan Bas di bawah.

Tiga kod penting

Tangkap Layar FB

Kod yang pertama ialah lampu kecemasan. Apabila lori menyalakan lampu kecemasan, itu menunjukkan ada tanda bahaya di hadapan dan meminta pemandu di belakang untuk tidak berada rapat dibelakangnya.

Lebih-lebih lagi apabila sedang menaiki bukit, ia memberi amaran berkemungkinan perjalanan lori tersebut untuk merempuh jalan berbukit agak sukar, sekali gus sedikit mengganggu trafik.

Lampu kecemasan itu dikategorikan sebagai bahaya, kerana bermacam kemungkinan boleh berlaku sekiranya pemandu tidak mengikut isyarat yang diberikan.

Seterusnya, lori memberi signal sebelah kanan menunjukkan jalan di bahagian hadapan amat bahaya dan tidak digalakkan untuk pemandu di belakang memotongnya.

Kod yang kedua ini berada pada fasa berjaga-jaga buat pemandu di belakang supaya mengambil langkah berhati-hati semasa berada di belakang lori.

Manakala kod yang terakhir ialah lampu signal sebelah kiri di mana ia memberi greenlight buat para pemandu di belakang untuk memotong kerana jalan di hadapan tidak bahaya.

Sekiranya lori tersebut memberi greenlight, tidak salah untuk kita sebagai pemandu menunjukkan rasa berterima kasih dengan membunyikan hon sekali kerana memberi laluan. 

Kod bagi arah bertentangan

Gambar: Motoqar

Dalam pada itu, sekiranya terlihat lori dari arah bertentangan, kebiasaannya mereka akan memberi sekali high beam (lampu tinggi) menunjukkan kemungkinan kenderaan kita menggunakan lampu tinggi ataupun mereka berselisih dengan rakan dari arah bertentangan.

Yang kedua pula apabila lori memberikan dua kali high beam itu membawa maksud ada kemungkinan sekatan jalan raya dijalankan oleh pihak berkuasa di hadapan sana.

Untuk yang terakhir iaitu tiga kali high beam, ia memberi amaran kepada pemandu untuk memperlahankan kenderaan kerana risiko bahaya yang menanti di hadapan.

Jadilah pemandu yang berhemah, pastikan berada dalam keadaan yang baik semasa memandu serta fahami kod lori agar segala kemungkinan dapat dielakkan berlaku.

Sumber: Facebook / Galeri Lori dan Bas

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana