Siakap Keli
Resepi Roti Kukus
Gambar: Juliana Jue Cullen

“Dia Punya Lembut Tak Boleh Bawa Bincang,” Akak Ni Kongsi Resepi Roti Kukus Viral

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Dia Punya Lembut Tak Boleh Bawa Bincang,” Akak Ni Kongsi Resepi Roti Kukus Viral

Tidak dinafikan, Malaysia terkenal sebagai “syurga makanan” dengan pelbagai jenis makanan yang mampu memikat hati sesiapa sahaja yang mencubanya.

Tambahan lagi, pelbagai makanan sangat mudah untuk diakses seperti lokasi, resepi dan sebagainya. Jadi tidak hairan munculnya pelbagai makanan yang tular di media sosial sehingga kini termasuk roti kukus.

Mungkin sebahagian daripada kita belum mengetahui kewujudan roti ini, Untuk itu, SK hari ini akan berkongsikan resepi roti kukus viral oleh Juliana Jue Cullen di bawah. Semoga bermanfaat.

Terliur Dibuatnya, Wanita Ini Kongsi Resepi Roti Kukus viral

Tengok kat Bangi ada roti kukus yang viral. Kita cuba la buat. Alhamdullilah jadi roti kukusnya. Dia punya lembut tak boleh bawa bincang.

Resepi godak-godak dalam Youtube sebab roti kukus ni memang viral lama dah kat Indonesia. Sebenarnya boleh je dipelbagaikan fillingnya. Next time nak try la filling Nutella atau Ovomaltine yang crunchy tu.

Pandan Cream tu pun tengok resepi Indonesia dalam Youtube. Rasanya beza sikit dari Pandan Kaya sebab ikut tekak saya krimnya ringan dan sedap.

InsyaAllah malam nanti saya kongsi resepi ye sebab tengah sibuk memasak untuk makan malam.

Update

Resepi Roti Kukus

Resepi Roti Kukus
Gambar: Juliana Jue Cullen

Antara bahan yang diperlukan untuk membuat roti kukus ini termasuklah  425gram Tepung Pau/Tepung Gandum( kalau guna tepung Pau, warna roti lebih putih, tepung gandum ada kekuningan sikit), 75gram Tepung Tang Mien(optional) boleh cari di kedai bakery. Kalau takde boleh guna sepenuhnya tepung pau/gandum ye.

Seterusnya, 125gram gula halus,  5 gram yis(saya guna jenama Saf) boleh guna apa-apa jenama, 5 gram baking powder (saya guna double action baking powder), 50gram shortening (lemak sayur) dan +-225 gram hingga 240 gram air sejuk (saya guna 230gram air sejuk coway) sesuaikan dengan daya serap tepung).

Resepi Roti Kukus
Gambar: Juliana Jue Cullen

Cara Penyediaan

Bagi cara penyediaan yang pertama, saya adun guna mixer 7 liter Golden Bull. Masa lebih kurang 30 min low speed.

Kedua, adunan saya dapat 4 bekas kod 4573 setiap timbangan doh 225gram-228gram. Seterusnya, saya proofing lebih kurang 1 jam-1 jam 30 minit bergantung kepada cuaca.

Langkah keempat, kukus dalam 25 minit ke 30 minit. Pastikan balut tutup pengukus dengan kain ye.

Gambar: Juliana Jue Cullen

Kelima, roti yang siap di kukus, sejukkan dulu baru potong. Gunakan pisau yang bergigi halus. Boleh dapatkan di kedai bakery pelbagai siaiz ada. Lebihan roti yang belum di isi filling boleh simpan dalam peti beku. Nak guna kukus semula bagi dia lembut balik.

Selepas itu, filling boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti puan-puan dan tuan-tuan. Ketujuh, nak jimat bancuh guna tepung gandum dulu. Dah mahir sikit baru cuba tepung pau.

Gambar: Juliana Jue Cullen

Semoga dengan perkongsian ini memberi peluang untuk kita berniaga guna resepi ni. Nak membeli jauh nun di Bangi. Lepas ni boleh dah buat sendiri ye. Tak payah susah-susah beratur.

Tiada banyak yang saya minta, doakan semoga saya dipermudahkan bersalin anak yang ke-5 InsyaAllah tak lama lagi.

Sumber: Juliana Jue Cullen via Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ini (MAHN)

BACA JUGA: Roti Canai Malaysia Ranking No. 1, Dipilih Makanan Jalanan Paling Sedap Di Dunia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?