Siakap Keli

Insiden Melibatkan Kes Kecurian Wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada laporan  kecurian yang melibatkan wang bantuan awal persekolahan berjumlah  lebih RM100,000.00. 

KPM memandang serius terhadap kejadian ini dan akan memberikan  kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam  membantu siasatan kes yang sedang dijalankan. Pada masa yang sama,  KPM juga sedang menyemak insiden ini daripada segi prosedur dan  tatacara pengeluaran wang oleh pihak sekolah berdasarkan garis panduan  yang telah ditetapkan. 

KPM melalui Surat Pindaan Ke Atas Surat Pekeliling Kewangan Bilangan  20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan, bertarikh 29 Disember 2022  telah memberi peringatan kepada semua pengurus sekolah berkaitan  pematuhan kepada Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan 

Sekolah yang sedang berkuat kuasa. Garis Panduan Bantuan Awal  Persekolahan ini juga telah menetapkan tatacara pengeluaran wang tunai  dari bank oleh pihak sekolah untuk jumlah melebihi RM10,000 mestilah  dalam keadaan selamat dengan perkhidmatan polis pengiring.

KPM tidak akan sesekali berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan  pengurusan sekolah khususnya dalam perkara-perkara yang melibatkan  prosedur dan tatacara kewangan. Tindakan tegas boleh diambil terhadap  mana-mana individu yang didapati cuai atau tidak akur kepada arahan  yang telah ditetapkan.  

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa