Siakap Keli

Mydin Tawar Diskaun Dan Ganjaran Hebat Sempena Tahun Baru Cina

SELANGOR, 16 Januari 2023: Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) melancarkan kempen e-dompet “ONGnya MYDIN” sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Majlis pelancaran kempen ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Dan Digital (KKD), YB Teo Nie Ching di MYDIN Subang Jaya, Selangor pada 16 Januari 2023.

Kempen yang menjanjikan pelbagai rebat tunai dan ganjaran hebat ini mendapat kerjasama daripada lima syarikat e-dompet terkemuka iaitu Maybank E-Wallet, Atome, Zapp, Mcash dan Boost. Seramai 15 pelanggan bertuah yang berbelanja terbanyak menggunakan e-dompet terlibat sepanjang kempen berlangsung, mereka berpeluang menyertai “supermarket sweep” yang menjanjikan hadiah RM1,000 setiap seorang.

MYDIN turut menawarkan peniimatan dengan promosi barangan asas dengan harga yang istimewa sepanjang kempen berlangsung. Selain itu, 88 pelanggan bertuah yang berbelania sebanyak RM188 dan ke atas dalam satu resit berpeluang memenangi baucar tunai MYDIN bernilai RM80. Bagi menghargai pelanggan setia MYDIN, pelanggan yang mendaftar atau memperbaharui kad keahlian Meriah juga berpeluang mendapat sekotak limau mandarin secara percuma yang bernilai RM15.89 sekotak.

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, ” Jumlah transaksi penggunaan e-dompet di MYDIN merekodkan lebih RM30 juta sepanjang tempoh tiga tahun ini dengan jumlah 300 ribu transaksi menggunakan rakan strategik e-dompet kami.

Justeru itu, kami merangka pelbagai promosi dan tawaran hebat bagi menawarkan penjimatan hebat kepada masyarakat bagi meningkatkan jumlah transaksi tersebut dengan jangkaan kenaikan 20 peratus bagi tahun 2023. MYDIN juga menggalakkan penggunaan platform e-dompet ketika berbelanja yang lebih mudah, selamat dan menawarkan pelbagai rebat serta ganjaran kepada pengguna”.

Bagi meraikan mereka yang kurang bernasib baik, MYDIN melalui inisiatif MYDIN Prihatin juga turut menyumbang barangan dapur kepada 120 keluarga berbangsa Cina bagi menyediakan kelengkapan sambutan perayaan keluarga mereka.

Kempen ini berlangsung sehingga 5 Februari 2023 di seluruh cawangan MYDIN. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari media sosial atau laman sesawang www.mydin.my.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa