Siakap Keli
tugasan mohamad sabu mencabar
Gambar hiasan: Bernama

‘Tugas Ni Mencabar, Rakyat Boleh Hidup Tanpa Peluru Tapi Tak Boleh Hidup Tanpa Makanan’ – Mohamad Sabu

‘Tugas Ni Mencabar, Rakyat Boleh Hidup Tanpa Peluru Tapi Tak Boleh Hidup Tanpa Makanan’ – Mohamad Sabu

MENGAWAL keterjaminan makanan sebagai sumber keperluan asas kepada jutaan rakyat di negara ini adalah satu tugasan yang cukup mencabar.

Demikian kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu mengenai posisi kementerian yang dipegangnya.

“Sebelum ini saya telah diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara selaku Menteri Pertahanan.

“Dan sekarang saya diamanahkan pula untuk menjaga keterjaminan makanan atau food security.

“Bagi saya, tugas sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan lebih mencabar kerana rakyat boleh hidup tanpa peluru tetapi rakyat tidak boleh hidup tanpa makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran ringkas yang dimuat naik di laman Facebook rasminya sebentar tadi.

Sebelum ini, Mohamad Sabu memegang peranan penting dalam keselamatan negara apabila beliau ditugaskan menjadi Menteri Pertahanan ketika era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.

Tugasan mencabar ditangani – bekalan telur makin pulih

Sebelum ini, negara dilanda kemelut isu bekalan telur hingga mencetuskan kegusaran dalam kalangan rakyat.

Bagaimanapun menurut Mohamad Sabu, kekurangan bekalan telur di pasaran negara ini semakin pulih susulan langkah sementara yang diambil kerajaan membenarkan telur diimport.

Beliau berkata ia terbukti apabila data daripada Jabatan Veterinar menunjukkan kekurangan telur pada Disember lepas hanyalah sebanyak sejuta, berbanding situasi kekurangan kritikal sebelum itu iaitu November sebanyak 157 juta dan 118 juta pada Oktober.

“Saya melapor diri di MAFS (Pertanian dan Keterjaminan Makanan) pada 5 Dis lepas. Selepas mendengar taklimat tentang situasi semasa bekalan telur, saya bersama pengurusan tertnggi MAFS bertemu beberapa pengeluar utama telur untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya bekalan dapat dipulihkan.

“Data yang saya peroleh daripada Jabatan Veterinar menunjukkan kekurangan telur agak kritikal pada Oktober dan November 2022. Alhamdulillah, sekarang bekalan ayam dan telur sudah mula pulih, insya-Allah akan kembali stabil tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Sumber: FB Mohamad Sabu

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'