Siakap Keli
Tangan Terpaksa Dibedah Gara-Gara Digigit Labah-Labah
Gambar: Kennedy News and Media

Wanita Alami Detik Cemas, Tangan Terpaksa Dibedah Gara-Gara Digigit Labah-Labah

Wanita Alami Detik Cemas, Tangan Terpaksa Dibedah Gara-Gara Digigit Labah-Labah

Seorang wanita terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas digigit oleh labah-labah di rumahnya, lapor Metro UK.

Anya Cantrell, 20, mula sedar tentang gigitan labah-labah di tangannya itu sewaktu bangun tidur di rumahnya yang terletak di Chichester, West Sussex.

Pada mulanya, dia beranggapan kesan gigitan tersebut tidak begitu serius, namun ia mula bertambah teruk selepas dua hari dan menyebabkan tangannya membengkak.

Walaupun Anya telah diberikan antibiotik, ia masih tidak berkesan dan dia mula berasa sakit yang teruk, lapor Metro UK.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Ekoran daripada itu, wanita tersebut perlu menjalani pembedahan pada 10 Januari lalu untuk membuang cecair dari lukanya.

“Doktor mengatakan bahawa pembedahan tersebut sangat rumit kerana ia hampir masuk ke dalam saluran darah saya dan menjadi sepsis sehingga boleh mengakibatkan kematian. Bagaimanapun, mereka berjaya melakukan pembedahan itu,” kata Anya.

Gambar: Kennedy News and Media

Memetik Metro UK lagi, walaupun labah-labah itu mempunyai gigitan berbisa, racunnya tidak begitu kuat atau berbahaya.

Gigitan dari labah-labah boleh dijangkiti atau menyebabkan alahan yang teruk dan ia agak jarang berlaku.

Anya yang sebelum ini takut dengan labah-labah kini bimbang sekiranya haiwan yang mengigitnya itu ada di sekeliling rumahnya.

“Kami tidak berjaya menjumpai labah-labah itu dan itu sangat menakutkan saya,” katanya.

Selepas daripada kejadian ngeri itu, Anya akan meminta ayahnya untuk masuk ke bilik dan memeriksa serta mencari di setiap sudut untuk memastikan labah-labah itu tidak berada di dalam biliknya.

“Ia berlaku semasa saya tidur, jadi sebelum saya tidur, saya akan melihat sekeliling ruangan sama ada terdapat apa-apa haiwan di bilik pada waktu malam.

Anya berharap rancangannya untuk membiarkan pintu bilik tidurnya terbuka semasa berada di rumah ibu bapanya bermakna labah-labah tersebut telah pergi.

“Saya sangat takut dengan labah-labah. Apabila saya terjumpa satu, saya akan keluar dari bilik,” kata Anya.

Kejadian tersebut membuatkan Anya lebih takut kepada labah-labah sehingga kini.

Sumber: Metro UK

Noorliyana Ishak