Siakap Keli

“Mustahil Tak Lebih RM100,” Realiti Kini Nak Beli Barang Dapur Seminggu, Hujung Bulan Dah Kena Catu

Mungkin ramai di antara korang dah sedar akan kenaikan harga barang. Kalau berbelanja tu, mustahil tak lebih RM100 untuk seminggu.

Disebabkan itulah, kita ni perlukan peruntukan lebih untuk bertahan sebulan. Malahan, ada yang terpaksa mencatu bila dah hujung bulan.

Kenaikan harga barang asas seperti beras, telur, ayam, susu anak dan lampin sememangnya dirasai oleh kebanyakan golongan, terutamanya mereka yang sudah berkeluarga atau mempunyai komitmen yang tinggi.

Jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu, harga barangan tersebut jauh lebih murah.

Sebagai contoh, harga ayam yang dahulunya boleh dapat di bawah RM8 sekilo, tapi sekarang dah mencecah RM9.40 untuk sekilo.

Jika sesebuah keluarga itu terdiri daripada lebih 4 orang, ayam seekor boleh habis dalam satu atau dua kali masakan je.

Itulah hakikat yang sukar untuk kita telan. Tetapi, korang tahu tak masih ada peluang untuk mengurangkan kos perbelanjaan barang dapur mingguan.

Dapatkan pulangan tunai bila berbelanja di MYDIN

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, MYDIN ada buat satu tawaran istimewa untuk semua pelanggannya yang dinamakan kempen e-dompet “ONGnya MYDIN”. Kempen ini berlangsung bermula 1 Januari 2023 sehingga 5 Februari 2023 di seluruh cawangan MYDIN.

harga barang

Apa yang menarik tentang tawaran ni? Untuk maklumat korang, ONGnya MYDIN memberi korang peluang untuk memenangi Supermarket Sweep bernilai RM1,000! Seramai 15 orang pemenang bertuah akan dipilih dengan belanja terbanyak menggunakan 5 e-wallet iaitu MAE, Boost, Atome, Mcash, dan Zapp.

Bukan itu sahaja, setiap e-wallet tersebut menawarkan pulangan tunai dengan amaun yang tinggi sehingga RM8.88! Bestnya!

Selain itu, 88 pelanggan bertuah juga berpeluang memenangi RM80 baucar Mydin dengan perbelanjaan minimum RM188 dalam satu resit. Korang boleh ikuti langkah-langkah penyertakan menerusi gambar di bawah ini.

Dengan pulangan tunai dan baucar tersebut, pengguna secara tidak langsung boleh menikmati penjimatan & kurang terkesan dengan kenaikan harga barang.

Tak terhenti setakat itu, MYDIN juga akan buat pelbagai promosi hebat untuk penjimatan sehingga 20% untuk tahun 2023.

Ayam di Mydin hanya RM8.49 je, bawah dari harga pasaran.

Pastinya ramai bersetuju yang berbelanja di MYDIN akan dapat lebih banyak penjimatan.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai tawaran ONGnya MYDIN, korang juga boleh layari laman sosial rasmi MYDIN Malaysia di Facebook, Twitter dan Instagram.

Adib Mohd