Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pesawat Terbesar Dunia Pecah Rekod, Berjaya Terbang Enam Jam

Kredit Stratolaunch

Pesawat Terbesar Dunia Pecah Rekod, Berjaya Terbang Enam Jam

Pesawat terbesar di dunia dengan kelebaran sayap 383 kaki dilaporkan berjaya melengkapkan ujian penerbangan selama enam jam dan berjaya memecah rekod terbaru, lapor Daily Mail.

Pesawat pengangkut Stratolaunch Roc telah menjalani ujian penerbangan kedua pada pagi Jumaat lalu sambil membawa kenderaan ujian pemisahan Talon-A.

Talon-A (TA-O) ialah pesawat ujian yang boleh diguna semula sepanjang 28 kaki dan boleh membawa muatan pada kelajuan hipersonik lebih lima kali ganda kelajuan bunyi.

Penerbangan itu merupakan langkah penting untuk kemajuan syarikat ke arah ujian pemisahan dan penerbangan hipersonik pertama TA-1 dalam separuh masa tahun pertama 2023.

Okjektif utama untuk penerbangan hari Jumaat lalu merupakan penerbangan kesembilan kapal tersebut termasuk juga penerbangan di luar kawasan Mojave untuk kali pertama dalam penilaian persekitaran pemisahan.

Zachary Krevor, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Stratolaunch berkata dalam satu kenyataan bahawa: “Pasukan terbaik kami terus membuat kemajuan pada garis masa ujian kami, dan melalui kerja keras mereka kami semakin dekat dengan perpisahan selamat dan ujian pertama hipersonik kami.”

Talon-A ialah salah satu daripada siri pesawat Talon berkuasa roket yang dibangunkan oleh Stratolaunch. Ia juga dikatakan mampu mencapai kelajuan sehingga Mach 6 atau enam kali ganda kelajuan bunyi.

Kredit Stratolaunch

Roc kini akan menjalankan ujian pemisahan prototaip Talon-A di Lautan Pasifik pada bulan Disember. Jika berjaya syarikat itu menyasarkan untuk memperkenalkan pesawat ujian hipersonik pertamanya, Talon-A TA-1.

Stratolaunch juga sedang membuat kemajuan dengan fabrikasi pesawat hipersonik boleh guna semula sepenuh pertama dan keduanya iaitu TA-2 dan TA-3.

“Penilaian menyeluruh terhadap syarat pelepasan menyediakan data untuk mengurangkan risiko dan memastikan pelepasan Talon-A selamat semasa ujian di masa akan datang,” kata Krevor.

Kredit Stratolaunch

Stratolaunch Roc adalah lebih lebar daripada panjang padang bola sepak. Ia juga mempunyai berat kira-kira 500,000 paun tanpa sebarang kargo dan mampu terbang dengan berat maksimum 1.3 juta paun.

Ia telah dibangunkan oleh sebuah firma dengan nama sama yang diasaskan pada 2011 oleh mendiang dan pengasas bersama Microsoft, Paul Allen. Allen telah memperkenalkan kraf besar itu kepada dunia pada tahun 2019 yang lalu.

Selain lebarnya yang memecahkan rekod terbaharu, Roc juga mempunyai ketinggian yang mengagumkan. Ia mempunyai ketinggian 50 kaki dari tanah ke bahagian atas ekor menegaknya, yang lebih tinggi daripada bangun empat tingkat.

Sumber: Daily Mail