Siakap Keli
rishi sunak mohon maaf
Kredit BERNAMA

PM UK Rishi Sunak Mohon Maaf Tak Pakai Tali Pinggang Keledar

PM UK Rishi Sunak mohon maaf tak pakai tali pinggang keledar

ISTANBUL, 20 Jan (Bernama) — Perdana Menteri United Kingdom (UK) Rishi Sunak mengaku melanggar undang-undang kerana tidak memakai tali pinggang keledar semasa merakam video di tempat duduk penumpang di bahagian belakang kereta yang sedang bergerak, lapor Agensi Anadolu.

Sunak menanggalkan tali pinggang keledarnya untuk merakam video, menurut Downing Street.

“Itu adalah kesilapan spontan,” kata jurucakap perdana menteri kepada akhbar Guardian.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Perdana menteri mengaku kesilapannya serta memohon maaf dan beliau mengakui bahawa semua orang wajib memakai tali pinggang keledar, kata jurucakap itu.

Video itu yang disiarkan di akaun Instagram Sunak sudah pun dipadamkan.

Sesiapa yang memandu atau menaiki kenderaan tanpa memakai tali pinggang keledar melanggar undang-undang dan mungkin berdepan denda sehingga £500 (AS$619), menurut kempen keselamatan kerajaan Sunak.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka