Siakap Keli
Kredit: TikTok

Diberi ‘Hidayah’ Di Tanah Suci, Keluarga Balik Umrah Nekad Lepas Semua Burung Dibela 22 Tahun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Diberi ‘Hidayah’ Di Tanah Suci, Keluarga Balik Umrah Nekad Lepas Semua Burung Dibela 22 Tahun

Burung merupakan haiwan unik yang dikurniakan sayap untuk terbang ke merata tempat yang diingininya. Dengan kemampuan burung untuk terbang bergerak bebas, maka tak hairanlah burung seperti merpati sering menjadi implikatur kepada makna ‘kebebasan’.

Di Malaysia, kita sering bertemu dengan individu-individu yang membela haiwan bersayap ini di dalam sangkar. Namun, jika haiwan dengan keupayaan untuk terbang bebas ini dikurung dalam sesuatu sangkar yang sempit, ia seolah-olah menafikan sifat alami haiwan itu sendiri.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, beliau cenderung dengan pendapat bahawa dibolehkan memelihara burung di dalam sangkar, sekalipun terdapat khilaf dalam kalangan ulama. Namun ujarnya, saiz sangkar untuk memilihara burung itu mestilah mengikut kadar maslahat burung tersebut. Sebaiknya sangkar burung itu tidaklah terlalu kecil sehingga menyebabkan kecederaan kepada diri burung tersebut apabila ia mengepak dan terbang.

Namun kali ini, kisah yang ingin kami kongsikan adalah berkenaan keputusan sebuah keluarga untuk membebaskan semua burung yang dipelihara selama ini selepas pulang daripada menunaikan umrah.

Kisah berkenaan dikongsikan oleh seorang pemuda yang hanya dikenali sebagai Bro Azam menerusi satu video berdurasi 55 saat yang dimuat naik di platform TikTok, @bro.azam baru-baru ini.

@bro.azam

hidayah itu milik Allah #fypシ #fyp

♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Kata Bro Azam, selepas selesai menunaikan ibadah umrah, dia bersama ahli keluarga yang lain seolah-olah diberikan petunjuk untuk melakukan sesuatu terhadap haiwan kesayangan mereka.

Keluarga berkenaan sepakat mengambil keputusan untuk membebaskan semua burung belaan yang dibela selama 22 tahun agar dapat kembali ke fitrah asalnya, iaitu terbang bebas di udara.

Dengan iringan lagu Syukur Alhamdulillah dendangan Wafiq Azizah, video berkenaan turut merakam suasana hiba dengan wajah beberapa ahli keluarga Bro Azam kelihatan muram untuk berpisah dengan burung-burung peliharaan tersebut.

”Selamat berpisah burung, terima kasih menemani hidupku selama ini,” kata Bro Azam menerusi video berkenaan.

Mereka pada masa yang sama turut menarik nafas lega apabil dapat melihat burung-burung yang selama ini terkurung di dalam sangkar akhirnya dapat terbang bebas sekali lagi.

Secara keseluruhan, video yang berdurasi kurang dari seminit ini telah meraih lebih 878,000  tontonan, 66,000 tanda suka, 1,378 komen dan dikongsi sebanyak 1,038 kali.

BACA: Harga Makanan, Minuman Di Restoran Masih Tinggi Walaupun Harga Bahan Mentah Telah Turun – Rafizi

Sumber: @bro.azam via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma