Penyanyi Antarabangsa, Dua Lipa Sebut KL Antara Tempat Paling Menarik Dilawatinya Di Asia
Penyanyi antarabangsa, Dua Lipa dalam satu hantaran video di TikTok baru-baru ini mendedahkan bahawa Kuala Lumpur adalah salah satu destinasi menarik di Asia yang pernah dilawatinya sebelum ini.
Beliau yang popular menerusi lagu New Rules itu sebelum ini pernah singgah di Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert pada 2018. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada penyanyi popular itu pernah berkunjung ke negara ini hanya untuk melancong semata-mata.
Menerusi video pendek tersebut, Dua Lipa berkata Malaysia adalah salah sebuah negara yang beliau minati dan tidak pernah merasai pengalaman yang sama ketika berkunjung ke negara lain.
“Saya telah pergi ke banyak tempat tapi saya sangat sukakan Kuala Lumpur. Saya pergi ke sebuah kuil di sana dan ia amat menakjubkan,” katanya.
Beliau bagaimanapun mendedahkan tidak sempat berkunjung ke negeri-negeri lain di Malaysia dan hanya meluangkan masa di Kuala Lumpur sahaja.
Perkongsiannya itu telah membuatkan netizen terutamanya dari Malaysia merasa bangga. Malah, ada yang berharap penyanyi terkemuka itu kembali lagi ke negara ini suatu hari nanti.
Terdahulu, Malaysia menjadi tumpuan serantau apabila ramai artis-artis terkemuka memilih Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi jelajah antarabangsa masing-masing.
Antara artis-artis yang sudah menemui peminat temapatan adalah Jay Chou, Dewa, UNGU dan banyak lagi. Manakala, kumpulan KPOP paling popular, BLACKPINK pula dijadualkan akan mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 Mac ini.
@duafver Most interesting place Dua Lipa has ever visited? @Dua Lipa #dualipa #fyp #parati #viral #futurenostalgia #futurenostalgiatour #dualipaedits #dualipaedit #dualipavideos
BACA: Bawa Balik Hadiah, Ayah Tersenyum Lega Tengok Anak Meloncat Gembira, “Hilang Penat Kerja 12 Jam”
Sumber: @duafver via Tiktok