“Counting Days…”, Syafiq Kyle & Mimi Lana Selamat Bertunang
Pasangan selebriti popular, Syafiq Kyle dan Mimi Lana dilapor telah mengikat tali pertunangan hari ini dan bakal bernikah tidak lama lagi
Syafiq Kyle atau nama sebenarnya, Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak berkongsi berita baik itu menerusi laman Instagramnya hari ini.
Berdasarkan hantarannya di laman media sosial tersebut, pelakon yang sinonim dengan lakonan mantapnya dalam drama bersiri Nur telah memuat naik beberapa keping foto dirinya menyarungkan cincin pada jari manis Mimi Lana.
“Counting days (Menghitung hari). 1 2 3 actions (emoji sebentuk cincin),” tulis Syafiq pada kapsyen hantaran foto berkenaan.
Pada masa yang sama, Mimi Rozaiana Zainal Abidin turut memuat naik sekeping foto jari manisnya disarungkan sebentuk cincin pada akaun Instagram serta meletakkan tag akaun Instagram Syafiq pada foto tersebut.
“One step closer (selangkah ke hadapan), Insha-Allah. Alhamduillah,” tulis pelakon wanita yang berusia 28 tahun itu.
Terdahulu, Syafiq Kyle pernah mendedahkan kepada pihak media bahawa beliau akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.
Manakala pada September tahun lepas, pelakon sensasi tersebut mengakui ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga dan perincian lanjut mengenainya akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Untuk makluman, pasangan selebriti tersebut dikhabarkan mula menjalinkan hubungan istimewa sekitar 2019.
Sumber: Syafiq Kyle & Mimi Lana via Instagram