Siakap Keli
Kredit: EPA

Mangsa Ke-11 Insiden Tembakan Di California Meninggal Dunia

Mangsa Ke-11 Insiden Tembakan Di California Meninggal Dunia

HOUSTON (Amerika Syarikat), 24 Jan (Bernama) — Mangsa ke-11 kejadian tembakan di Monterey Park di California, Amerika Syarikat meninggal dunia di sebuah pusat perubatan, lapor Agensi Anadolu memetik beberapa saluran berita pada Isnin.

Insiden tembakan itu berlaku di kelab tarian di bandar Monterey Park, California, dekat Los Angeles pada Sabtu.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif di sebalik kejadian itu.

Suspek yang dikenali sebagai Huu Can Tran, 72, dilaporkan maut selepas menembak dirinya sendiri.

Pada Ahad Presiden Joe Biden turut mengarahkan bendera di semua bangunan kerajaan dikibarkan separuh sehingga Khamis sebagai menghormati mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu.

— BERNAMA

BACA: Sambutan Tahun Baharu Cina Bertukar Tragedi, 9 Orang Dilapor Terbunuh Dalam Kejadian Tembakan Di California

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma