Siakap Keli
Kredit: MBI Selangor

Stadium Bertaraf Dunia Bakal Dibina Di Selangor? Pelan Cadangan & Gambaran Dipamerkan di SACC Mall Bermula 26 Januari

SHAH ALAM, 25 Januari 2023 Orang ramai, terutamanya warga Selangor dijemput untuk menghadiri Sesi Libat Urus Awam bagi Projek Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam, (KSSA) yang akan dibangunkan. Sesi Libat Urus Awam berkenaan akan diadakan di Aras Bawah, pusat belibelah SACC Mall, Shah Alam mulai 26 Januari 2023 hingga 10 Februari 2023 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam

Sesi Libat Urus Awam ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor), organisasi yang diamanahkan untuk mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Negeri. Ianya bertujuan untuk berkongsi maklumat berhubung cadangan Projek Pembangunan KSSA yang baharu dan bagi mendapatkan maklum balas daripada orang ramai mengenai pelan cadangan yang dikemukakan

Di sepanjang sesi libat urus awam ini, orang ramai berpeluang untuk melihat dan mendapatkan gambaran yang lebih lanjut mengenai projek pembangunan tersebut melalui paparan video 3D flythrough, papan informasi dan model konsep (scale model) projek pembangunan berkenaan. Pengunjung boleh menilai dan berpeluang untuk memberikan maklum balas dan cadangan melalui kod imbasan QR yang disediakan oleh pihak MBI Selangor

Berdasarkan pelan cadangan, Projek Pembangunan KSSA yang berkeluasan 188 ekar itu nanti bakal mempunyai sebuah stadium bertaraf dunia yang merangkumi 60% daripada keseluruhan kawasan projek pembangunan. Baki 40% daripada keseluruhan kawasan projek pembangunan adalah merupakan taman rekreasi dan ruang komersial yang diaspirasikan untuk menggalakkan interaksi dalam komuniti serta memberi pelbagai peluang keusahawanan kepada golongan belia di Selangor

Sesi Libat Urus Awam KSSA ini adalah merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk memastikan ketelusan dalam setiap urusan dan mencerminkan komitmen yang berterusan Kerajaan Negeri ke arah pentadbiran yang cekap serta berpaksikan kepentingan masyarakat umum. Ia merupakan inisiatif tambahan secara sukarela oleh Kerajaan Negeri Selangor dan MBI Selangor dalam usaha memberikan maklumat terkini mengenai pelan perancangan KSSA

Maklum balas dan cadangan awam yang relevan akan dimasukkan ke dalam pelan pembangunan KSSA, selaras dengan aspirasi Kerajaan dan MBI Selangor yang peka kepada keperluan orang ramai

Maklum balas yang diberikan sebelum ini adalah dihargai dan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Sesi Libat Urus Awam Projek Pembangunan KSSA, sila salurkan pertanyaan ke [email protected] 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa