Siakap Keli
Kredit: Bernama

Datuk Muhamad Muqharabbin Letak Jawatan EXCO Pemuda UMNO Hari Ini

Datuk Muhamad Muqharabbin Letak Jawatan EXCO Pemuda UMNO Hari Ini

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengumumkan peletakan jawatan beliau selaku Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Beliau menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata surat rasmi berhubung peletakan jawatan beliau akan diserahkan kepada pucuk pimpinan UMNO dalam minggu ini.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat-sahabat UMNO Malaysia yang bersama saya dalam perjuangan semenjak 2018 hingga kini. Kita tetap bersahabat selamanya dan menjaga ukhwah sesama kita. Selamat maju jaya buat semua sahabat Ketua Ketua Pemuda UMNO seluruh negara,” katanya.

— BERNAMA

BACA: PKR Kena Bincang Dulu, Jika Ada Pemimpin Politik Dipecat UMNO Mahu Sertai Parti

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma