Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Khairy Jamaluddin & Noh Omar Dipecat Dari UMNO, Empat Lagi Digantung Keahlian

Aqmal Ezany
Khairy Jamaluddin & Noh Omar Dipecat
Gambar: Bernama

Khairy Jamaluddin & Noh Omar Dipecat Dari UMNO, Empat Lagi Digantung Keahlian

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dilaporkan telah memecat bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin daripada parti tersebut.

Perkara tersebut dapat disahkan menerusi ciapan dibuat akaun Twitter rasmi Sinar Harian sebentar tadi.

Dalam ciapan tersebut, empat lagi ahli UMNO yang lain turut dilaporkan digantung keahlian.

Nama yang digantung keahlian itu adalah Shahril Hamdan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang dan Datuk Salim Shariff.

Dalam pada itu, dilaporkan bahawa Datuk Seri Khaled Nordin bakal menggantikan Datuk Hasni Mohammad sebagai Pengerusi UMNO Johor.

Sumber: Sinar Harian