Siakap Keli
Kredit: news18

Tersingkir Dari Piala Super Saudi, Jurulatih Al Nassr Beri ‘Hint’ Seolah-olah Ronaldo Puncanya

Tersingkir Dari Piala Super Saudi, Jurulatih Al Nassr Beri ‘Hint’ Seolah-olah Ronaldo Puncanya

Pengendali Al-Nassr, Rudi Garcia berpendapat bahawa kegagalan Cristiano Ronaldo menyempurnakan beberapa peluang keemasan pada separuh masa pertama adalah turning point yang menyebabkan kelab bimbingannya tersingkir daripada saingan Piala Super Saudi.

Penyerang antarabangsa Portugal itu mempunyai deretan peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama tetapi gagal berbuat demikian selepas Romarinho meletakkan Al-Ittihad di hadapan dalam masa 15 minit.

A-Nassr tersingkir selepas tewas 1-3 kepada Al-Ittihad dalam perlawanan yang berlangsung dua hari lepas.

”Salah satu perkara yang mengubah haluan kami dalam saingan ini adalah kegagalan Ronaldo menjaringkan gol pada separuh masa pertama,” kata pengendali asal Perancis itu kepada wartawan baru-baru ini.

Lebih malang untuk Ronaldo, para peminat pasukan lawan turut melaungkan chant ”Messi…Messi…” ketika dia keluar meninggalkan padang selepas tamat perlawanan.

Ronaldo yang kini menjadi pemain bola sepak yang menerima gaji paling mahal di dunia selepas melengkapkan perpindahan ke kelab berkenaan, masih belum menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan rasmi kelab.

Dua gol yang dijaringkan Ronaldo ketika menyarung jersi Al-Nassr sebelum ini hadir menerusi perlawanan persahabatan ketika menerima kunjungan PSG, kelab yang ditunjangi Lionel Messi.

Ini bermakna pemain antarabangsa Portugal berusia 37 tahun itu perlu bekerja keras untuk mendapatkan gol pertamanya bersama kelab tersebut dalam perlawanan seterusnya.

Ronaldo dijangka akan diturunkan dalam kesebelasan utama Al-Nassr dalam perlawanan Liga Pro Saudi menentang Al-Fateh pada Jumaat depan.

BACA: Wanita Nekad “Cancel” Kahwin, Baru Dapat Tahu Bakal Suami Tak Reti Kira Duit Semasa Majlis

Sumber: Goal

Shafikah