Siakap Keli
Empat Orang Dilapor Cedera Dua Daripadanya Parah
Gambar: Kumparan

Empat Orang Dilapor Cedera, Dua Daripadanya Parah Selepas Diterkam Harimau

Empat Orang Dilapor Cedera, Dua Daripadanya Parah Selepas Diterkam Harimau

INDONESIA — Empat orang dilaporkan cedera akibat diterkam seekor harimau sewaktu menghantar peralatan kepada sepasukan renjer hutan di kawasan Gunung Sempali, Aceh Selatan.

Memetik Viva Nasional, dua daripada mangsa cedera parah akibat dicakar pada bahagian kepala dan kaki manakala dua lagi mangsa cedera pada bahagian tangan dan kaki.

Ketua Polis Aceh Selatan, Nova Suryandaru berkata, kesemua mangsa telah diserang oleh harimau tersebut pada petang semalam.

“Kami mendapat maklumat daripada pegawai KPH bahawa terdapat empat orang penduduk diserang oleh harimau di kawasan pergunungan di Kluet Tengah,” katanya.

BACA JUGA: Harimau Bintang Terlepas Dari Zoo, Netizen Berseloroh Kaitkan Dengan Karakter Dalam Filem Madagascar

Tambah Suryandaru, kejadian itu berlaku sewaktu keempat-empat mereka sedang dalam perjalanan menghantar bekalan logistik kepada renjer hutan yang bertugas di kawasan berkenaan.

Difahamkan, mereka terserempak dengan haiwan liar itu sewaktu dalam perjalanan sebelum ia bertindak menyerang.

Dalam pada itu, salah seorang mangsa yang mengalami cedera ringan telah dipindahkan dengan segera untuk menerima rawatan di Pusat Kesihatan Kluet Tengah lebih awal, maklum Suryandaru.

Manakala tiga lagi mangsa termasuk dua mengalami cedera parah berjaya dibawa oleh pasukan gabungan pegawai TNI/Polris, BPBD dan SAR serta bantuan penduduk tempatan pada malam semalam.

Bagaimanapun, beliau menafikan kesemua mangsa merupakan pasukan renjer perhutanan.

“Mangsa bukan pasukan renjer tetapi penduduk yang bekerja sebagai penghantar bekalan logistik itu kepada mereka yang bertugas di kawasan hutan berkenaan,” jelasnya lagi.

Sumber: Viva Nasional

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?